Followers

Tuesday, January 15, 2013

Ya Allah..Kurangkanlah Derita Penyakit Dia..

Selamat pagi semua..harap semua dah sarapan..Cheqkaq nak kongsi satu cerita sedih dan perlukan doa kawan-kawan semua..Cheqkaq ada seorang adik yang menderita penyakit Multiple Sclerosis. Penyakit ni adalah penyakit saraf yang boleh menjejaskan otak dan saraf tunjang. Ia mengakibatkan sistem imun tubuh memusnahkan beberapa tisu lemak. Kemusnahan tisu lemak boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kelesuan, penglihatan kabur, rasa lemah pada kaki dan kebas, Masa dia berada di Sekolah Menengah dia selalu mengadu sakit belakang dan migrain yang sangat teruk. Beberapa tahun lepas, barulah dapat detect penyakit tu. Sekarang dia dah berumur 26 tahun..Dah berkahwin, dan sekarang tengah pregnant. Masih lagi menderita penyakit tu..
Sekarang dia ada kat hospital..sebab kelmarin dia pengsan. Dah lama dia tak pengsan cmni..Dulu selalu sangat. Kadang-kadang ingat kan dia tidur, rupenya pengsan. Tubuh dia sangat lemah dan selalu terjadi lumpuh sebelah badan. Mata pun selalu kabur dan kadang2 berdarah. Migrain tu dh selalu sangat bagi dia..Sebenarnya doktor tak bagi dia pregnant lagi memandangkan kesihatannya yang kurang stabil ni. Tapi dia ni jenis suka budak..tahun ni pon dah masuk tahun kedua perkahwinan dia..Dia cakap kalo tak bole mengandung lepas ni takpela, asalkan dia ade zuriat dan dapat rasa pengalaman menjadi seorang ibu walaupun hanya sekali.
Dia dah stop amik ubat sebab tak nak ade apa-apa kesan pada baby. So, sekarang keadaan dia semakin teruk. Yer la, kita yang sihat ni pon, bile time pregnant sgt la lemah..ini kan pulak dia yang berpenyakit.. Moga Allah selamatkan dan kurangkan penyakit adik cheqkaq dan anak nye..
Cheqkaq rasa sedih sebab tak boleh g melawat dia sebab dia ade kat terengganu. Hanya doa sahaja dapat cheqkaq titipkan buat dia dan anaknye. Harap kawan-kawan yang membaca sudi berdoa untuk dia jugak. Harini kena buat MRI test lagi sekali. Harap takde apa-apa effect pada baby.
ini laa adik cheqkaq..
CHEQKAQ : Jaa, harap cepat sembuh yer..

25 comments:

Nieyxzha Hassan said...

Semoga jaa cepat sembuh..kuatkan semangat demi baby tu.. semoga allah lindungi dia dan baby..amin

are_lin@yu said...

semoga adk akak cpt sembuh ya..ksian bca keadaan dia..moga dia dan baby selamat..sama2 kita doakan..

Deqla manjew said...

kesiannye dia..sedeh baca..deqla doakan yg terbaik buat adik cheqkak..hope dia dan baby dua2 selmt dan sihat..inshaAllah..amin...

CikZaniff said...

cian adik cheqkaq.hope die tabah hadapi semua dugaan tu..insyaallah semua selamat kn akak..:)

aQu Mad said...

sabar kak ye, Allah maha mendengar rintihan hambanya.. semoga adik kesayangan kakak cepat sembuh, Amiin..

Kakzakie said...

Allah hu robbi... sedihnya kakak baca ini. Berkorban dia sebab nak zuriat cheqkaq. Apa kemampuan kita selain mendoakan moga adik cheqkaq boleh sembuh dan anak dlm kandungannya selamat juga.

intanfirdaus247 said...

Cheq Kaq, sedihnya baca kisah ni cheq kaq..lawa adik cheq kaq nih.. Moh ler kita sama2 ameen kan “ Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau sembuhkanlah sakit adik Cheq Kaq, dan sihatkanlah tubuh badannya , dan KAU berikan adik Cheq Kaq kekuatan .. Sihatkanlah juga anak dalam kandungannya itu Ya Allah… Ameen Ameen Ya Rabbal Alamin”

Cheq Kaq said...

thanks ayu..hari2 cheqkaq akan contact dia bg support

Cheq Kaq said...

Amin...mekasih deqla

Cheq Kaq said...

Inshaa Allah, eja..

Cheq Kaq said...

Amiin..mekasih mad..Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani

Cheq Kaq said...

Tu laa Kak Zie..doakan semua dipermudahkan Allah..Allah Maha Mengetahui..

Cheq Kaq said...

Ameen..mekasih kak intan sudi doakan adik cheqkaq..

hafiz hafizol said...

jgn lupa makan ubat ye.. pesan kat dia cheq kaq hehe

Farah Waheda Wahid said...

kak saya doakan supaya adik akak cepat sembuh dan berada dalam keadaan yang baik2 aje...semoga segalanya dipermudahkan..mudah2an kesihatan tubuh badan akan menjadi milik dia...

sedih saya baca... bergenang pulak air mata ni...

boni kacak said...

hmmmmm :(

kesiannya kat dia.. saya doakan agar Allah sembuhkan dia seperti sediakala..amin..

nea lopah said...

Beratnya dugaan dia..semoga tabah hadapi dugaan. sy doakan dia dapat melahirkan bby dengan selamat dan cepat sembuh...aminn

Anonymous said...

all the time i used to read smaller articles which also clear their motive, and that is also happening with this
paragraph which I am reading now.
Also visit my web site ... Oregon mortgage help

Anonymous said...

Hi there! I'm at work browsing your blog from my new iphone! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Keep up the excellent work!
Have a look at my webpage :: chiropractor

intanfirdaus247 said...

Ya ka dah sampai…laju kan kan..hahah…nanti tempek muka..sebelum tu cuci muka beseh2 bagi segak dulu naaaa…pastu lap muka…buh masker …boh bagi tebai sikit…biaq itam pekat..masa nak buka bila dah kering tu, buat qemot2 muka sikit..pastu tarik!!!!..koh kkoh

Remy hazza said...

kita doakan semoga Allah memudahkannya.......

::CIK LYNN:: said...

ya Allah...kesiannya dekat adik akak ni...moga dia tabah hadapi semua ni...lumrah wanita kan nk ada anak sendri...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kesian dia..moga cpt sembuh yer

airis aries said...

Kesian nyer,airis doakan supaye cepat sembuh eaa..kita kena redha dengan takdir Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com