cheqkaq: Tak Habis-Habis Ke Susu Mak ni??

Followers

Saturday, January 19, 2013

Tak Habis-Habis Ke Susu Mak ni??

Sekadar Hiasan . Image dari Pa&Ma


Assalamualaikum..

Sedang beristirehat ke di pagi Sabtu..?Best nye kan..tambahan pulak cuaca harini sejuk jer..dah pukul 9.30 pagi pon matahari tak nampak lagi..

Cheqkaq nak cerita ni..Sebab tiba-tiba teringat kan pertanyaan Along dekat cheqkaq bila dia tengok adik dia asyik nak "menetek" je..Agaknya dia rasa pelik kot sebab dari lahir sampai laa adik dia dah umur setahun lebih adik dia masih lagi menyusu badan. Dia tanya Cheqkaq :
Tak habis-habis ke susu mak ni??Tak basi ke??
Tergelak aku dengar.. hahahahha...Yerlaa..nama pon budak kan..apa yang dia rasa pelik dia akan tanya direct..Cheqkaq pon spontan jer laa jawab..
Mane nk habis..Allah murahkan rezeki adik sentiasa ada susu..tak payah beli kat kedai..
Dah tentu dia garu kepala dengar jawapan Cheqkaq..hehe..
Allah buat ke??kenapa DIA tak buat untuk Along sekali??
Masa Along kecil, Cheqkaq tak ada rezeki nak susukan dia..dari dia lahir, dia tak nak susu badan sebab masa tu puting susu kecik dan dia pulak " malas" nak try dan mencuba..sudahnya memang dari kecil laa dia tak minum susu badan..kesian dia..Adik dia, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..Sampai sekarang dia masih menyusu lagi..Alhamdulillah..

Ok laa Cheqkaq ada terbaca dalam satu blog ni mengenai  kelebihan & fadhilat menyusukan anak :

  • Wanita yang memberikan susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari setiap titik susu yang diberikan.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2  1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberikan susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit, terutama selsema dan batuk, InshaaAllah..
  • Dengan memberikan susu ibu kepada anaknya,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan fizikal dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah..
Besarnya pahala yang Allah kurniakan untuk para ibu..Kalau nak baca lebih lanjut tekan SINI.

Wallahualam..



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)




26 comments:

Unknown said...

Mulianya seorang ibu disisi Allah..

Sarina said...

Salam..susu ibu tiada tandingannya,ia lebih baik dri segala susu yang ada kat pasaran,anak airis dlu menyusu badan sampai umo 2 thn 6 bulan..lama gak tuh huhu

Hafiz Hafizol said...

comelnya soalan along tu haha

maszull said...

assalamualaikum cheq kaq...pertanyaan yang menarik tu hehehee...mama tag cheq kag yer...:)

http://maszull.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-puteri-kasihcom.html

Cikrosecute said...

Nak tergelak pulak baca hihihi

singgah dan follow..

Farah Waheda Wahid said...

he he he....soalan yang along bagi tu memang comel... tapi adatlah kak...budak2 memang perasaan ingin tahu dia tinggi...itu bab yang tu...belum lagi dia tanya macam mana adik boleh ada... ^_^

tapi seorang ibu memang besar pengorbanannya dan dimuliakan di sisi Allah... dan susu ibu memang yang terbaekkk....

Unknown said...

Betol tu mad..jage mak betol2 ye..inshaaallah,Allah akan muliakan mad jugak..

Unknown said...

Lame tu airies..mudah2an anak cheqkaq pon camtu..

Unknown said...

Soalan along memang selalu pelik2..skang dh besar ni takde sgt dh yg pelik..mungkin dh pndai pikir..

Unknown said...

Waalaikummusalam mama..inshaaallah..nanti cheqkaq join ye..

Unknown said...

Mekasih..sudi singgah n follow sini..

Unknown said...

Hahaha..btol tu farah..tp dia penah Tanya camane adik bole kluar dari perut umi..aduyai..

Pengorbanan ibu tu kalo dibalas dengan Wang ringgit berjuta pon tak ckup lagi

Unknown said...

susu ibu susu yg sebaik baiknya.........

mujagirl92 said...

:') tak sabar,,, tq sangat kat umi,,

Sabella Mohamad said...

hahaha lawak la along . akak beruntung la kan sebab ada sesetengah tu , susu cepat aje kering .

Unknown said...

bertuahnye kita d jadikan sbg seorg wanita oleh Allah.

Unknown said...

besnyee cheqkaq.. hehe moga Allah tambah syg dkt cheqkaq.. hehe adik yg bertanya comel lahh.. jd anak soleh ye :)

Nur Nainis said...

hehe..comel je soalan dia. Terlalu besar pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu.

Salmi said...

Comel je soalan Along tu. Baru pertama kali dengar ada budak bertanya macam tu. hehe..
Alhamdulillah, kita patut bersyukur diberi kelebihan dapat menyusukan anak sendiri. Ada yang mencuba pelbagai cara tapi tak berjaya..

Anonymous said...

Hey There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article.
I will make sure to bookmark it and return to read more of your useful info.
Thanks for the post. I'll definitely return.
my webpage: click through the next page

Unknown said...

Kalau secara medical pun memang betul menyusu tu dapat rapatkan hubungan antara mak dengan anak secara psychology. Ni yang saya belajar time dalam kelas.

Bunda_nora said...

cute, comey sangat soalan tu along..

THE AUTHOR said...

Susu ibu yang terbaiK!!

are_lin@yu said...

besar manfaat susu ibukan..pndai along tnya mak nya..hehe

Mimie said...

budak budak memg mcm tuh kan...de je die tnye kan..kdg2 wat kite ketawa

Unknown said...

byk tanya kan bebudak smpai kite sendiri xtau nk jwb apa..haha.. tp bgs la rasa ingin tahu mereka tu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com