Followers

Monday, December 23, 2013

Tatacara Memandikan Bayi Baru Lahir (Dari usia sehari hingga 40 hari)



Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR... Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. 

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. 

Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. 

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. 

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi. 

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi. 

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman. 

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. 

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah. 


Share kepada semua , biar semua tahu...

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=179871628864740&set=a.148064462045457.1073741829.147850342066869&type=1

Thursday, December 19, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bismillah.
Sebelum pergi klinik haritu, saya dah tahu dah mesti lama menunggu giliran nanti.. So, saya mengambil keputusan untuk pinjam novel daripada kawan. Sehari sebelum tu, tanya kawan buku apa yang best. Dia cadangkan baca novel "Bukan Kerana Aku Tak Cinta". Sempat gak la suruh dia bercerita dulu sinopsis sikit-sikit. Katanya novel tu sekarang dah dijadikan adaptasi untuk cerita "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" kat ASTRO Mustika. Tak melanggan Astro, jadi tak tau..hehe.
Bila dengar Neldya Senrose yang jadi watak utama, alamak..mesti best!Terus tengok dekat internet sikit-sikit cerita ni..Hurmmm..memang best..walaupun tak suka sangat dengan Hero Sharnaaz Ahmad, tapi perlu diakui, lakonan dia memang best dan berjaya bawak watak dengan baik dalam cerita ini. Setengah cerita adaptasi, selalu tersasar jauh dari cerita novel. Tetapi yang ni, memang ikut sebijik kot macam dalam novel.Tak banyak yang diubah. Pemilihan watak-watak juga memang sesuai sangat.

Jenuh gak laa nak habis kan sebuah novel. Lebih-lebih lagi ada si kecik yang suka kacau. 


Synopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.



Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.



“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”



“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”



Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?



Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!



Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya....




Wednesday, December 18, 2013

Bekerja Dari Rumah. Apa Kah Persediaan Anda?

Bismillah..



Hati kecil selalu berdetik untuk bekerja dari rumah..Tetapi di suatu sudut yang lain, tergerak pula pertanyaan.."Boleh ke?"

Ramai yang takut untuk bekerja dari rumah kerana risau mampu kah kita untuk mengekal kan kewangan yang sudah stabil seandainya kita mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan melakukan kerja dari rumah sahaja. Persoalan ini selalu bermain di minda setiap kaum wanita terutama yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama sedang mengintai untuk mencari peluang bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah memang sesuatu yang diimpikan oleh setiap wanita. Melihat anak membesar di depan mata tanpa terlepas setiap detik yang indah, pasti menjadi igauan setiap wanita yang bekerja di luar sana.
Persoalannya, sekali lagi.."Boleh ke?"

Saya sendiri sedang mengintai peluang untuk bekerja dari rumah. Tambahan pula anak dah nak masuk tiga. Bayar upah pengasuh saja dah 40% dari gaji. Gaji saya bukan nya besar mana pun. Tetapi boleh lah membantu suami mana yang patut. Bagi saya, untuk mula bekerja dari rumah bukan suatu keputusan yang mudah. Apatah lagi bagi kawan-kawan yang bergaji jauh lebih besar dari saya. Tentu lagi sukar untuk membuat keputusan kan?Saya ada membaca beberapa artikel, sekiranya ingin bekerja dari rumah, perlu membuat beberapa persediaan. Jom sama-sama kita baca, mana tau ada yang sedang berhajat untuk bekerja dari rumah :

1. Berhenti kerja..Adakah salah satu langkah yang bijak?
Ramai yang berpendapat, untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang dilakukan dari rumah, haruslah berhenti kerja. Untuk sebulan dua mungkin tindakan itu tepat, tapi untuk bulan seterusnya, saya rasa mesti ramai yang mula berkira-kira untuk kembali bekerja. Kewangan masih belum kukuh sepenuhnya. Mengapa perlu terburu-buru buat keputusan untuk berhenti?Berjinak-jinak dahulu untuk buat bisnes kecil tanpa mengganggu kerja yang asal. Perlu bijak membahagi masa dengan baik. 

2.Perlukah ada modal yang besar untuk mulakan bisnes?
Tahukah anda, sebenarnya ramai yang gagal bisnes sebab mereka memulakan perniagaan disebabkan membuat pinjaman daripada bank, kawan, institusi kewangan yang lain dan sebagainya. Ini kerana, mereka beranggapan, perlu ada modal yang besar untuk mulakan bisnes. 

Cara yang paling baik ialah, mulakan bisnes dengan apa yang kita ada. Contoh, untuk membuat perniagaan online, perlu ada komputer, internet, RAJIN. Itu dah cukup. Produk? Sekarang banyak peniaga yang membuka Dropship untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka. Tak perlukan modal kan?

Atau, setiap bulan cuma kumpulkan RM100, jika 10 bulan sudah dapat RM1000.00. Jika terasa lama 10 bulan, 5 bulan = RM500 sudah cukup untuk mulakan suatu perniagaan.

Jangan meminjam, kerana rasa terbeban untuk membayar balik pinjaman, dalam masa yang sama untuk sediakan pusingan modal untuk perniagaan, amatlah perit dan mendorong kita untuk ke arah situasi GAGAL.

3. Pilih produk yang betul
Di luar sana terlalu ramai usahawan kecil yang tumbuh melata. Berjaya atau tidak, semua bergantung kepada pemilihan produk yang betul. Pilih produk yang berdasarkan minat kita. Minat akan menentukan apa yang kita lakukan akan sentiasa "fresh" dan tidak tersasar. Buatlah kajian atas sesuatu produk yang kita pilih.

4.Perlu Ada Ilmu
Untuk buat sesuatu perkara, walaupun sekecil-kecil perkara pun perlu ada ilmu. Contoh, makan, bertatih dan berlari, semua diajar dan dididik oleh ibu semasa kita kecil. Itu juga ilmu. Begitu juga dengan bekerja dari rumah. Apa jua aktiviti / bisnes yang kita ingin lakukan di rumah, kaji lah terlebih dahulu. Jika perlu, ambil lah kelas untuk meningkatkan kemahiran seterusnya kita akan lebih yakin untuk melakukan sesuatu perkara.

5.Bekerja Dari Rumah, ada lebih masa yang fleksibel?
Ramai yang anggap, jika bekerja sendiri, ada masa yang fleksibel kerana kita adalah majikan pada diri sendiri. Memang betul. Tetapi jika tidak dikawal, mungkin kita akan membazir masa dengan perkara yang tidak betul. Urus masa anda dengan baik, senaraikan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Sebenarnya, masa kita dirumah lebih terhad kerana banyak sangat tugas yang kita perlu lakukan di samping bisnes yang perlu dipantau. Baik nya, kita mempunyai kualiti masa yang terbaik bersama anak-anak. Pandai uruskan masa, Inn Shaa Allah kita akan berada di laluan yang betul.

Setakat ini dahulu, rasa dah panjang pula, risau ada yang malas nak baca sampai habis. Nanti kita kongsi lagi ye..Inn Shaa Allah

Tuesday, December 17, 2013

Bermulanya Pemeriksaan Dua Kali Sebulan Kehamilan..

Bismillah.

Tolong la percaya ini bukan perut saya..hehehe..


Pagi tadi bergegas bersiap untuk check up kehamilan. Mulai minggu ini, check up dah masuk dua kali sebulan. Kesian dengan En Suami sebab kena hantar saya ke klinik lebih kerap dari biasa.

Alhamdulillah..Baby ok, saya pun ok..takde masalah. Kenaikan berat pun tak banyak sangat seperti kandungan yang lepas-lepas. Bulan ni naik 0.5kg je..Alhamdulillah..Mungkin disebabkan pengambilan shake sebagai breakfast dan pemakanan sunnah yang lain. (Pati delima, minyak zaitun, kurma, madu, kismis dan susu kambing.) Harapan di hati kecil ini cuma lah bayi di dalam kandungan sihat sepanjang kehamilan dan selepas bersalin nanti.

Next check up 31 Disember 2013. Nak kena minum air gula pulak. Pelik betul sekarang. Ada masalah atau tidak, mesti kena minum air gula dua kali sepanjang kehamilan. Sebelum ni, dua -dua anak tak pernah pun kena minum air gula walaupun berat mencecah 4kg sebulan. (tak dapat nak lupakan kegemukan dulu..huhu). Bagi yang tak pernah minum air gula, rasanya sangat lah manis!Kalau termuntah semasa minum, kena ulang hari lain. Sebelum tu, kena berpuasa daripada pukul 10 malam, malam sebelumnya lagi. Hari pemeriksaan pula kena minum air gula sebanyak dua kali selang dua jam. Allah je lah tau azabnye minum air tu. Sebab manis nye tu melampau!dah nama pun air gula kan..Paling ditakuti jugak, kena ambil ujian darah sekali..Tapi bagi ibu mengandung, jarum-jarum ni dah terbiasa dah. Kalau rasa takut, palingkan sekejap ke arah lain semasa darah diambil! Kang tak pasal-pasal pitam pulak!Demi kesihatan bayi, ikut je lah prosedur ni ye.

Ok, sambung lagi ye nanti. Panjang pula celoteh Cheq Kaq kali ni..

http://herbalifeisgood.blogspot.com/2013/10/mengandung-dan-herbalife.html


Tuesday, December 10, 2013

BERAKHIRNYA TAHUN 2013


Bismillah.

Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya saya gagahkan jua diri ini untuk "ceriakan" semula blog yang telah lama ditinggalkan ini.

Sedar ataupun tidak, 2013 telah sampai ke penghujungnya. Rasa baru saja kita berada di bulan Januari, sekarang Disember telah bertamu dan bersiap sedia untuk melabuh tirainya. Kawan-kawan sekalian, apa kah pencarian kalian di tahun 2013 telah berjaya ditemui?Tahniah sekiranya azam @ 'wishlist' kalian untuk tahun ini sudahpun dipenuhi dengan jayanya. Bagi yang tidak, jangan mudah rasa putus asa dan terus berada di azam yang lama, teruskan usaha..berakhirnya setiap tahun, tidak bererti berakhirnya segala pencarian dan azam anda untuk tahun tersebut. Teruskan usaha ye. Apa yang penting, bersangka baik dengan Allah..InnshaaAllah, apa sahaja yang diimpikan bakal menjengah di genggaman..

Saya pula dalam persediaan untuk melahirkan anak yang ketiga. Sedar tak sedar usia kandungan dah pun mencecah hampir 7 bulan. Sekejap je..Semoga Allah permudahkan segalanya. Setiap hari doa yang dititipkan untuk "sikecil" umi yang sedang berada di dalam rahim umi ni, semoga sihat dan dilindungi Allah sentiasa. Semoga dipermudahkan ketika dilahirkan nanti. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah, penyejuk mata umi dan abi. Semoga diciptakan Allah dengan begitu cantik dan sempurna..Moga Allah makbulkan doa umi. Mohon kawan-kwan turut mendoakan saya..Amin....

Sampai berjumpa lagi di lain titipan..




Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Dikesempatan ini, cheqkaq ingin mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin buat semua kawan2 blogger..

Dari Kiri (wajah kesayangan hamba) :Tuan Mohd ZulFaisal, Cheqkaq,Tuan Muhd. Ammar Yusuf, Tuan Muhd. Ammar Syahmi 

Menunggu tetamu..hehe

Sesi salam-salam..pukul 1.30 ptg baru abis..adeii..sian adik kena kepit

Melompat lebih tinggi!!!!seronok tengok gelagat anak2 buah..ni baru sikit..ramai lagi kt dalam!

Dengan kakak-kakak ipar..


Cheqkaq : Tahun ni ramai pulak yang amik tema biru kan??

Tuesday, June 4, 2013

BETAPA KU MERINDUI MU..........................


Salam sayang buat semua..salam penuh kerinduan..Ada yang merindu cheqkaq tak..cheqkaq memang rindu glerrrwww kot kat korang..cume memang takde masa sangat-sangat nak update blog..skang tengah sibuk dengan preparation untuk AGM di JMB Pangsapuri Megah Villa ni..meja pon bersepah-sepah dengan macam-macam barang..sebelum ni, sibuk dengan audit..

Sibuk dengan herbalife pun ya jugak..hurmm..bila tah yang tak sibuk..takpelaa, bersusah-susah dahulu kan..;)

14hb ni cheqkaq akan ke Bangkok, Thailand..Nak pergi event terbesar dalam herbalife..kat situ, mungkin akan himpunkan 28,000 orang Herbalifer seluruh Asia..Tambah-tambahlah kebizian diri cheqkaq sekarang..mana tak nya, 4 hari selepas balik dari Bangkok, ada AGM kat JMB tu..so, sebelum pergi, minggu ni kena pulun gak kerja habis-habisan..:(

Cheqkaq rindu sangat nk BW ke rumah kawan2..Huhu..InnshaaAllah, kalo ada kelapangan akan pergi gak..slow-slow..

Eh..ade yang nak pesan ape-ape ke ?nak g Thailand ni..hehe..

Passport dah siap..:)

Meja cheqkaq yang bersepah & tak pernah surut kot dari paperwork..huhu

Thursday, April 25, 2013

GA : COMBO GIVE AWAY BY INTAN

Bismillah..
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...

Jom join GA kak intan nak?Hadiah pon best & yang paling penting support each other..
Siapa nak join, klik banner ni okey..


Syarat-syarat simple, mudah ikut..Hadiah mantopp..Tarikh tutup 2 June 2013. Jom pakat ramai-ramai join..
Saya nak tag pada dua orang sahabat lama tak jumpe..huhu..




Friday, April 19, 2013

JOHAN - Segmen Kenali Saya Purple


Selamat pagi semua..Alhamdulillah..diberi kesempatan oleh Allah untuk update blog arini..Nak kongsi kegembiraan ini dengan semua orang..Alhamdulillah..Saya dah menang tempat pertama dalam Segmen Cik Cik Akak @ NaO Mei ..

Terima kasih ye cik akak, sebab saya dah terpilih sebagai pemenang..memang tak sangka..sangat best sebab Hadiah tempat pertama sangat WOWWW..hehe..

1. Top up - Celcom/Digi & Maxis - RM30.00
(Kalau pakai yang lain...cik akak tak mahu..hihi)

2. Novel Alaf-21
(Novel apa...masih Rahsia...hihi..)

3. Review Belog comel anda

4. Bloglist cik akak selama setahun dari tarikh segmen

5. Sijil Penyertaan ditandatangani oleh cik akak sendiri

Best kan??Sekali lagi terima kasih..Sebenarnya jika saya masuk segmen atau GA, bukan hadiah yang diiginkan sangat, tapi persahabatan dan support tu..kalau menang, tu dh kira "bonus"..ekekekeke..Mekasih yer sekali lagi untuk cik akak..jauh pos hadiah dari Sibu..Saya sangat2 suke & hargai sesangat!terutama bab sijil tu..hehehe


 

Wednesday, April 17, 2013

Zero To Hero 2013, Bukit gambang Resort


Lamenyaaaaaaa tak update blog!!rindu cheqkaq tak??alahai..maklumlaa bz..harap2 takde laa yang merajuk kan..Cheqkaq bz dengan bisnes Herbalife skang ni..Menyampaikan misi nutrisi sihat untuk semua..smpai terlupa nk sampaikan untuk kawan-kawan blog di sini..Maafkan saye yer.........

13hb dan 14hb April 2013, cheqkaq pergi Bukit Gambang Resort..Ada training Herbalife yang dipanggil Zero To Hero..Banyak yang cheqkaq dapat belajar kat sana..walaupun dua hari je..tapi perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya sangat bermanfaat dan InnshaaAllah akan diduplikasikan oleh cheqkaq dalam journey Herbalife ni..Cheqkaq tak sempat snap byk gambar sebab hp dah kehabisan battery..Kamera tak mampu lagi nk beli..(ececeh..sila nangis baca kenyataan sedey ni)

Herbalife memang luar biasa sebab perjalanan nya banyak dikuasai oleh Gen-H (Generasi Herbalife yang bawah 30 tahun)..Sedangkan cheqkaq dh 31 tahun..rasa cm dh lambat lak jumpe Herbalife..huhu..Takpelaa, Alhamdulillah, Allah pertemukan..kalo x jumpe terus??acanner??Dekat Malaysia dah tiga couple yang dah jadi President Team dari kalangan Gen H..Anak-anak muda yang berjiwa kental dan sanggup korbankan masa muda diorang demi menyampaikan misi nutrisi sihat..Income masing-masing dah ade yang cecah 160k sebulan..Agak2 nya kalo dapat duit sebanyak tu nk buat ape yer??Tapi seriously, bukan duit semata-mata yang dicari, tetapi ketenangan yg dicapai setelah berjaya membantu orang-orang yang sangat membutuhkan nutrisi sihat..Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah berikan kami kekuatan tersebut..

Ok laa..ada gambar sikit untuk dilayan..

Cheqkaq & Mak Lang - Dinner Tema Arabian Night

Dinner diiringi nyanyian Araaaabbbb

Siapa kata org Herbalife diet??kitorang memang suke makan..=)

Menu

Salah satu sharing yg ada penyakit tumor..tetapi  sbb produk herbalife luar biasa, semuanya kembali ok dengan izin Allah

Budak ni ada ekzema..masa kecik sangat teruk keadaan dia..sampai tilam yang dia baring selalu ada darah macam kemalangan sebab kulit menggelupas kemerahan..

Ini laa dia budak atas tadi tu...Luar biasa kan..Subhanallah



Friday, March 22, 2013

Segmen: Featured Me on Bubbly?


Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 

Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better... 

Saturday, March 16, 2013

Herbalife Distributor - Testimoni Herbalife


Selamat pagi..Lama tak update blog kan..Mekasih buat rakan-rakan yang sudi singgah & komen blog cheqkaq..Cheqkaq bz sikit..sebab sudah mula melibatkan diri dengan Herbalife secara part time..lg pon stok dah sampai..so kena buat banyak promosi..




Cheqkaq teruja untuk buat HERBALIFE bila dapat result bagus setelah sebulan lebih cheqkaq consume..Alhamdulillah..berat dah turun hampir 7kg..sekejap je kan?Alhamdulillah sangat2..En suami lak consume untuk tambah berat, dh naik dekat 4kg..Badan pon takde sekeping cam dulu lagi..Anak -ank pon minum..cuma along x suke sangat..Adik memang suke shake..Dia pon dh takde demam & selsema lagi..kalo dulu sebulan sekali mesti ade..Tambah pulak duduk umah pengasuh yang ramai budak-budak lain..sorang selsema terus yang lain jangkit..

Cheqkaq..hehehe..dh kecik sikit..Alhamdulillah

Sebelah kiri tu selepas, sebelah kanan sebelom..dah naik sikit..part dada & perut..:)


Adik yang suke shake

So pada sapa2 nak consume Herbalife, bole call cheqkaq atau email je..mariazul127@gmail.com..Jangan risau, Herbalife sesuai untuk semua peringkat umur..bukan yang tua je, baby pon boleh..bukan yang nk turun berat jer, nak naik berat pon bole..

Wednesday, March 13, 2013

Nasihat Dari Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum semua..selamat pagi..Tadi terbaca ni dlam facebook.Jom kongsi sebab cheqkaq tahu sini ramai gak yang buat bisnes kan..termasuk cheqkaq..:)

Nasihat Tun Dr Mahathir kepada para usahawan melayu..



1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam....
 

Nasihat yang sangat berguna dan perlu diambil iktibar oleh semua usahawan melayu...Semoga bermanfaat untuk semua.."SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR" 

Monday, March 11, 2013

Lawak- Surat dari SuLu


Cheqkaq selalu post surat budak2 kan..kadang diaorang ni jujur sangat..jom laa petang2 camni kalo adeyg mengantuk, kita cerahkn mata semua dengan surat ni..hihihi..LAYAN~


Friday, March 8, 2013

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83


Assalamualaikum semua..Cheqkaq nk support segmen rakan blogger Cik Akak aka Nao Mei ..Kalo ada yang nak join, sila klik banner comel kat atas tu yer..Jom pakat2 join supaya lebih meriah..kalah menang blakang kira..:)

Jom terjah!

Selamat Hari Wanita


sumber : cikgudahlia

Assalamualaikum semua..Harini hari wanita kan?Selamat Hari Wanita untuk semua readers blog cheqkaq terutama WANITA!

Wanita jer tau..pondan tak termasuk yer..hehehe..Bangga kan jadi wanita..Selalu orang cakap 
"Disebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita!"
Dari dalam rahim wanita yang bergelar ibu, membesar dengan titisan susuan wanita yang bergelar umi, dibelai, dimanja, dijaga dengan penuh kasih sayang oleh insan yang bergelar WANITA..
Bagi lelaki pula..dh kawin pon nanti dengan WANITA juga..Wanita merupakan pendukung segala kehidupan dan kejayaan kita pada hari ini..

Yea!Bangga jadi WANITA!

Untuk semua wanita..cheqkaq tuju lagu ni yer.. WANITA dari SITI NURHALIZA..layan.........

WANITA

 Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Panila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia


Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini




Thursday, March 7, 2013

Monday, March 4, 2013

Budak kecik deting!


Assalamualaikum semua..Semalam Cheqkaq, suami, anak-anak & keluarga abang ipar pakat2 g Eskpo Buku ISlam Putrajaya..Semalam kan last..saje je pergi..abg ipar ajak, sebab dia tengok abang upload buku beli untuk along kat facebook..

Kitaorang g pon dh tengahari..semalam kan last day..lepas g kat ekspo, melepak jap kat padang rumput ni..anak-anak suke laa..Jom layan gambar kat bawah..dh macam orang besar dating lak..hihihi..




"Selamat tinggal, sayang..." ahakkkss :p


tengok ape tu??

"Apa masalah awak ni?" alamak..dh cam gangster lak ank cheqkaq..

Sini bole??nk baca sini laa

Banyak2 buku, buku tu je along kasi dia main..sebab dia gemar koyak buku

Haissshh..adik..rambut dh bersepah dh umi nengok!

Gelagat anak-anak..Yang baju putih tu anak buah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com