Followers

Wednesday, March 13, 2013

Nasihat Dari Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum semua..selamat pagi..Tadi terbaca ni dlam facebook.Jom kongsi sebab cheqkaq tahu sini ramai gak yang buat bisnes kan..termasuk cheqkaq..:)

Nasihat Tun Dr Mahathir kepada para usahawan melayu..



1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam....
 

Nasihat yang sangat berguna dan perlu diambil iktibar oleh semua usahawan melayu...Semoga bermanfaat untuk semua.."SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR" 

22 comments:

Chic Na said...

nasihat yg sgt berguna. :)

Sue-Rya Qistina said...

Tun mmg suka memberi nasihat yg sgt berguna kpd kita, terutama sekali org Melayu. sbb org Melayu mudah lupa. teringat masa pergi bicara eksekutif bersama Tun last year. bnyk ilmu yg diperolehi

Deqla manjew said...

nasihat yg gt berguna dari tokoh terkemuka....

Mime MF said...

nasihat dari Tun mmg patut ambik berat sbb semua yg beliau ckp bersasa & betul!
#sy pun syg Tun!<3

Ratu Hatiku said...

Nasihat yg sgt berguna..

pinky said...

teingat saat2 jumpa TUN......rasa nak nangis...

aQu Mad said...

nasihat yang berguna .. he

Hanif Idrus said...

Sikap keji tu yg kuat...dikalangan Melayu...PHD

Nadya Bubble said...

Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013. Siapa cepat dia dapat.

http://bit.ly/cd2aQx

muja said...

walaupun belum berbisnes,, kubaca gak sikit2,, hehe

BUNDA a.k.a KN said...

nasihat yang patut disimpan dihati sebagai pedoman...

sayang tun

QasehnyaRania said...

morning..betul tu.sangat bermanfaat.tenkiu chekaq :)
pagi2 dah tambah ilmu..hihi

QasehnyaRania said...

che kaq di tag.jom tgk
:)
ada masa jom la join ye

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/03/siapa-blogger-bertuah.html

Mar Haini Abdul Rahim said...

oh sgt mendalam.. hehe nak praktik tu kena azam betul2 kuat, insyaAllah :)

Remy hazza said...

betul kata DR M...remy setuju......

sabella mohamad said...

bella sangat2 kagum dengan dr mahathir ni . walaupun makin meningkat usia , tapi pemikiran beliau semakin kreatif & kritis

Nieyxzha Hassan said...

kalau teliti betul2..minda bekas pm kita ni sangat-sangat bagus...kerana dia...kita dapat menikmati kehidupan sekarang ni...memang bussiness minded ^^

Iha Zaliza said...

Sejujurnya iha amat menyukai Tun Mahathir.. bukan kerana politik, tetapi kerana pemikirannya yang begitu jauh.. beliau idola iha.. :)

intanfirdaus247 said...

Minda yang Allah kurniakan pada Tun Dr Mahathir sanngat istimewa..sayang TUn ... dan pemikiran beliau patut kita jadikan pedoman untuk berjaya dan besaing dengan kaum2 lain

Liza Razak said...

suka nasihat Tun M ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com