Followers

Tuesday, December 10, 2013

BERAKHIRNYA TAHUN 2013


Bismillah.

Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya saya gagahkan jua diri ini untuk "ceriakan" semula blog yang telah lama ditinggalkan ini.

Sedar ataupun tidak, 2013 telah sampai ke penghujungnya. Rasa baru saja kita berada di bulan Januari, sekarang Disember telah bertamu dan bersiap sedia untuk melabuh tirainya. Kawan-kawan sekalian, apa kah pencarian kalian di tahun 2013 telah berjaya ditemui?Tahniah sekiranya azam @ 'wishlist' kalian untuk tahun ini sudahpun dipenuhi dengan jayanya. Bagi yang tidak, jangan mudah rasa putus asa dan terus berada di azam yang lama, teruskan usaha..berakhirnya setiap tahun, tidak bererti berakhirnya segala pencarian dan azam anda untuk tahun tersebut. Teruskan usaha ye. Apa yang penting, bersangka baik dengan Allah..InnshaaAllah, apa sahaja yang diimpikan bakal menjengah di genggaman..

Saya pula dalam persediaan untuk melahirkan anak yang ketiga. Sedar tak sedar usia kandungan dah pun mencecah hampir 7 bulan. Sekejap je..Semoga Allah permudahkan segalanya. Setiap hari doa yang dititipkan untuk "sikecil" umi yang sedang berada di dalam rahim umi ni, semoga sihat dan dilindungi Allah sentiasa. Semoga dipermudahkan ketika dilahirkan nanti. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah, penyejuk mata umi dan abi. Semoga diciptakan Allah dengan begitu cantik dan sempurna..Moga Allah makbulkan doa umi. Mohon kawan-kwan turut mendoakan saya..Amin....

Sampai berjumpa lagi di lain titipan..




8 comments:

Deqla Manjew said...

cheq kaq pregnant?? hmm patot la lama menyepikan diri.. moga dipermudahkan masa bersalin nanti yer.. =)

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, dah lama tak singgah sini...semoga sihat..

LadyBird said...

Salam kak.. tahniah bakal dpt bebi baru pembuka tahun 2014.. Alhamdulillah..

Kakzakie said...

Lama menyepi ada cerita indah. Moga baby dan umminya sekali sihat dan dipermudahkan..

intanfirdaus247 said...

salam yaya...wah patutla diam..upernya dah peknen..tahniah yaya..lama tau yaya menyepi..rinduuu

che mid said...

Oh..dah yang ke tiga ya..Insyaallah tahun 2014 akan memberi keceriaan dengan kehadiran orang baru nanti. Che Mid doakan semuga kita semua dalam limpah rahmatNya.. Amiin.

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. tahniah.sy pon tumpang sronok. doakan saya ye kak.

insha Allah saya usaha lagi :-)
patut lama akak menyepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com