Followers

Saturday, October 13, 2012

OBESES PADA KECANTIKAN

C.A.N.T.I.K



CANTIK..saperlaa yang tak nak kelihatan cantik..especially..of course laa perempuan..CANTIK tu dah kira best friend tuk kitaorang tau! ahaks...

Apa yang saya nak sentuh kat sini..perasaan untuk sentiasa kelihatan cantik tu tak salah..yang salah..bila TERLALU OBSES untuk kelihatan cantik..OBSES?OBSES yang cmane tu..ok, obses yang saya maksudkan di sini ialah..

1. BERBELANJA YANG KETERLALUAN SEMATA-MATA UNTUK KELIHATAN CANTIK..
Perlu ke berbelanja besar semata-mata untuk cantik???Make up, produk muka, collagen, pelbagai jenis vitamin...baju yg cantik-cantik, kasut, handbag, tudung dan pelbagai lagi..berapa yang anda bajet untuk kelihatan cantik dalam sebulan??RM100?cukup ke??RM200??atau RM300??atau lebih daripada RM500??kalau tanya pada saya..saya jawab RM50 jer..hehehehehe..sikit ke?alamak...hehe..patut laa saya tak cantik kan..tp suami saya selalu cakap saya cantik...(hahahhaha...tak tipu..bukan perasan ok..) Bagi saya kecantikan tu terlalu subjektif..mungkin bagi orang lain tak cantik, tapi di mata kite dia sangat cantik..lagi satu, kecantikan bermula dari dalaman kita..kalau dalaman cantik, Insyaallah, cantik laa luaran kita..Bagi yang sudah bersuami, niatkan laa betul-betul di hati ingin kelihatan cantik untuk si suami sahaja..Janganlah menjaja kecantikan kita untuk tatapan lelaki yang bukan muhrim..



2.TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT
"Dah tua, buat laa cara tua..tak payah laa nak bergaya cam orang muda"
"Dah tau xde duit, buat laa cara macam orang takde duit, jangan berlagak cm orang kaya.."
"Dah memang tak cantik..pakai macamane pon memang xkan jadi cantik lah!!"

Ayat untuk orang yang tak sedar diri..Bagi mereka yang terlalu obses untuk cantik, sering mengabaikan apa sahaja orang nak kata..Berfikiran positif & berkeyakinan laa katakan..Positif dan yakin adalah sangat bagus..tetapi biarlah realistik..Jangan terlalu berusaha untuk sesuatu yang memang tak mungkin kita boleh mencapainya..kecuali dengan IZIN ALLAH..Jangan terlalu memaksa untuk buat apa sahaja demi cantik, kelak nanti kita juga yang merana..Jadi laa diri sendiri..Hargailah "keaslian" yang ada pada tubuh badan anda..Ia adalah anugerah yang tiada nilainya..Kalau anda niat untuk melakukan pembedahan plastik pada bahagian-bahagian badan anda, lupakanlaa niat tersebut..berbalik sahaja pada fitrah manusia..Manusia makin lama makin berusia..makin berusia, makin banyak berlaku perubahan-perubahan fizikal..Kulit yang berkedut, badan menjadi semakin berisi, payudara sudah tidak anjal..itu perkara biasa yang perlu dilalui oleh semua manusia..Jangan menentang fitrah manusia..Yang gemuk nak kurus, yang kurus nk gemuk, yang tua ingin jadi muda, yang lelaki ingin jadi perempuan, yang perempuan ingin jadi lelaki,,Biar apa jua keadaan fizikal kita, asalkan badan sihat dan boleh melakukan ibadah dengan lancar tanpa sebarang halangan..Terima laah hakikat siapa diri kita...


3.TERLALU BANYAK "PANTANG LARANG"
Pantang larang yang kita cipta sendiri..hehehe..semuanya pantang demi kecantikan..itu tak boleh, ini tak boleh..apa tah yang boleh..hehehehe..

"Jangan makan banyak, nanti gemuk.."
"Jangan makan coklat, boleh menggemukkan..'
"Jangan pakai baju melintang, nanti lagi nampak gemuk.."
"Jangan pakai selendang, pakai tudung biase jer..nanti muka u nampak bulat.."
"Jangan laa pakai bedak murah ni..tak kena laa dengan muka.."

Uikssss...banyak nyer "JANGAN....."
Huhu..Jadi diri sendiri jer boleh tak..Jangan jadi "orang lain"..Yang penting bila yang kita lakukan perkara seikhlas hati, Insyaallah keihklasan akan terpancar di muka dan pergerakan kita.itu laa namanya KECANTIKAN..bukan badan yang kurus dan langsing, bukan barang yang mewah..HATI kena ikhlas okay...:)




Ok laa..terlalu banyak cakap pasal obses untuk cantik..Macam payah sangat untuk kelihatan cantik..Tahu tak anda semua bahawa untuk kelihatan cantik, hanya lakukan perkara-perkara simple seperti yang di bawah ni jer..:-

1. Senyum - Senyum lah seikhlas hati anda..daripada senyuman, ia akan terpancar cahaya yang akan memaniskan muka.."Senyum seindah suria, yang membawa cahaya.."So, senyum pun adalah "produk kecantikan" jugak..tak payah beli pon..senyum jer..:)

2. Doa dan Zikir - Amalkan laa doa ketika melihat cermin..Insyaallah, berkat amalan anda, Allah akan memberikan kecantikan yang semulajadi pada wajah dan kelakuan anda.. Selain itu amalkan lah zikir  seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Insyaallah, dengan sendirinya akan terpamer ketenangan di wajah anda..




3. Wudhuk - Berwudhuk lah dengan tertib yang betul dan amalkan nya supaya kita sentiasa berada dalam keaadaan berwudhuk..Dengan air wudhuk, kita akan sentiasa diberi ketenangan..

4.Mengamalkan sifat-sifat yang terpuji - Sentiasa berbuat baik dan miliki hati yang suci tanpa rasa dendam dan iri hati. Semua perbuatan yang disertai dengan hati yang suci akan mempamerkan wajah yang indah..Insyaallah..

Cubalah amalkan tip-tip yang saya bagi tu..Peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya..Sama-samalah kita amalkan..Mudah dan sudah pasti tak melibatkan kos pun..:) Salam sayang dari saya...



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com