Followers

Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Susahnya Bila Baby Tak Nak Minum Susu Melalui Botol..


Alhamdulillah. Dah mula masuk kerja 20hb Mei 2014. Masuk kerja je, otak memang "blur"..Mood rindu bau "mashaamm" si baby..hehehe..

Aktiviti pada 20hb :

8.30 pg - Punch Card
9.00 pg - Call BS (Baby Sitter) - cek keadaan baby
11.00 pg - baru start nak buat kerja 
12.00 tghari - Aktiviti mengepam susu
1.00 tghari - rehat
2.00 ptg - buat kerja
3.00 ptg - Call BS lagi
4.00 ptg -  Aktiviti mengepam susu
5.00 ptg - balik!

Haa..nampak tak..boleh kira berapa jam je saya buat kerja. Ingatan melayang-layang kat baby je..huhu
Balik kepada tajuk asal "Susahnya Bila Baby Tak Nak Minum Susu Melalui Botol..", memang sangat merisaukan hati bila kita kerja, tapi baby kita baru lepas pantang ni (62 hari) yang semasa dalam pantang asyik berkepit menyusu dengan kita, tapi dengan BS, dia buat perangai TAK NAK BOTOL SAMPAI UMI BALIK KERJA! Hadoiiii..hati umi mana yang tak rungsing..Rasa nak berhenti kerja..tapi apakan daya..tak mampu lagi nak buat macamtu.

"Tak ajar anak hisap melalui botol ke dalam pantang?"

tu soalan biasa ek..Ajar je..3 hari lepas bersalin pun bagi je botol sekali sekala. Elok je dia hisap. Pastu dua minggu sebelum kerja adalah jugak bagi botol, walaupun tak kerap. Siap hantar "training" lagi umah BS setengah hari.

Yang saya cukup perasan, masuk je umur dua bulan, dia dh ada perangai baru..okey..fine..noted.
Huhu..jangan lah buat umi serba salah Aisya sayang oiiitt..

Dah 3 botol dah percubaan. Tapi gagal. Hampa. Sedih. Rungsing. Semua ada.

Botol pertama.

(Tak snap gambar botol masa beli, google je laa nak bagi gambaran kat korang betapa siksanya jiwaku..huhu)

Memang beli satu set macamni.
sumber : http://myleaphouse.blogspot.com/2012/10/set-susu-botol-avent.html

Botol kedua.


Botol ketiga.

http://myleaphouse.blogspot.com/2012/10/set-susu-botol-avent.html



Sudahnya sekarang minum pakai :

Huhu..siannya anak umi..harap-harap semua ni sementara. Kalau tak susut laa badan awak..Harap jugak BS bersabar..

Sekian luahan dari saya. Ada tak dapat pengalaman macam ni?ce komen sikit.









Saturday, February 16, 2013

Realiti Anak-Anak


Assalamualaikum semua..

Ade ke kat sini kena pijak cmni...saya ngn en suami selalu kena..hahaha..hai anak..besar2 buat cmni jage la!

Saturday, January 19, 2013

Tak Habis-Habis Ke Susu Mak ni??

Sekadar Hiasan . Image dari Pa&Ma


Assalamualaikum..

Sedang beristirehat ke di pagi Sabtu..?Best nye kan..tambahan pulak cuaca harini sejuk jer..dah pukul 9.30 pagi pon matahari tak nampak lagi..

Cheqkaq nak cerita ni..Sebab tiba-tiba teringat kan pertanyaan Along dekat cheqkaq bila dia tengok adik dia asyik nak "menetek" je..Agaknya dia rasa pelik kot sebab dari lahir sampai laa adik dia dah umur setahun lebih adik dia masih lagi menyusu badan. Dia tanya Cheqkaq :
Tak habis-habis ke susu mak ni??Tak basi ke??
Tergelak aku dengar.. hahahahha...Yerlaa..nama pon budak kan..apa yang dia rasa pelik dia akan tanya direct..Cheqkaq pon spontan jer laa jawab..
Mane nk habis..Allah murahkan rezeki adik sentiasa ada susu..tak payah beli kat kedai..
Dah tentu dia garu kepala dengar jawapan Cheqkaq..hehe..
Allah buat ke??kenapa DIA tak buat untuk Along sekali??
Masa Along kecil, Cheqkaq tak ada rezeki nak susukan dia..dari dia lahir, dia tak nak susu badan sebab masa tu puting susu kecik dan dia pulak " malas" nak try dan mencuba..sudahnya memang dari kecil laa dia tak minum susu badan..kesian dia..Adik dia, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..Sampai sekarang dia masih menyusu lagi..Alhamdulillah..

Ok laa Cheqkaq ada terbaca dalam satu blog ni mengenai  kelebihan & fadhilat menyusukan anak :

  • Wanita yang memberikan susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari setiap titik susu yang diberikan.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2  1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberikan susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit, terutama selsema dan batuk, InshaaAllah..
  • Dengan memberikan susu ibu kepada anaknya,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan fizikal dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah..
Besarnya pahala yang Allah kurniakan untuk para ibu..Kalau nak baca lebih lanjut tekan SINI.

Wallahualam..



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com