 |
| Sekadar Hiasan . Image dari Pa&Ma |
Assalamualaikum..
Sedang beristirehat ke di pagi Sabtu..?Best nye kan..tambahan pulak cuaca harini sejuk jer..dah pukul 9.30 pagi pon matahari tak nampak lagi..
Cheqkaq nak cerita ni..Sebab tiba-tiba teringat kan pertanyaan Along dekat cheqkaq bila dia tengok adik dia asyik nak "menetek" je..Agaknya dia rasa pelik kot sebab dari lahir sampai laa adik dia dah umur setahun lebih adik dia masih lagi menyusu badan. Dia tanya Cheqkaq :
Tak habis-habis ke susu mak ni??Tak basi ke??
Tergelak aku dengar.. hahahahha...Yerlaa..nama pon budak kan..apa yang dia rasa pelik dia akan tanya direct..Cheqkaq pon spontan jer laa jawab..
Mane nk habis..Allah murahkan rezeki adik sentiasa ada susu..tak payah beli kat kedai..
Dah tentu dia garu kepala dengar jawapan Cheqkaq..hehe..
Allah buat ke??kenapa DIA tak buat untuk Along sekali??
Masa Along kecil, Cheqkaq tak ada rezeki nak susukan dia..dari dia lahir, dia tak nak susu badan sebab masa tu puting susu kecik dan dia pulak " malas" nak try dan mencuba..sudahnya memang dari kecil laa dia tak minum susu badan..kesian dia..Adik dia, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..Sampai sekarang dia masih menyusu lagi..Alhamdulillah..
Ok laa Cheqkaq ada terbaca dalam satu blog ni mengenai kelebihan & fadhilat menyusukan anak :
- Wanita yang memberikan susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari setiap titik susu yang diberikan.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberikan susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
- Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit, terutama selsema dan batuk, InshaaAllah..
- Dengan memberikan susu ibu kepada anaknya,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan fizikal dan jiwa anak.
- Jika semalaman ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah..
Besarnya pahala yang Allah kurniakan untuk para ibu..Kalau nak baca lebih lanjut tekan
SINI.
Wallahualam..
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)