Followers

Sunday, October 26, 2014

BUBUR NASI BERSANTAN


Saya bukan orang yang pandai masak. Tapi nak jugak share resepi kat sini. Bukan apa, nanti kalau nak buat lagi senang nak rujuk semula. Tak payah nak search kat blog orang lain, belek blog sendiri je. Saya memang suka buat bubur. (Sebab senang, simple untuk orang MALAS macam saya..hahaha) Bukan apa, anak-anak pun suka makan..kadang siap tambah-tambah..kalau dah macamtu, memang suka laa tu..Buat bubur ni malam tadi, senang untuk yang ada anak kecil. Jerang je nasi atas dapur, sekali sekala datang kacau. Memang senang!

Tapi, semalam saya buat lain dari kebiasaan. Biasa masak bubur nasi biasa-biasa je. Semalam saya tambah santan. Dengar kata, kalau letak santan, lagi rasa lemak..lagi pekat..lagi sedap!meh la..saya share resepi kat sini. Mana tau, ada yang nak cuba buat. Benda senang je, untuk yang first time masak boleh la cuba ye. Yang dah "terror" masak tu..diam-diam sudah!

Resepi : Resepi dari Blog Hanamemories



Bahan-bahan

1 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam @ kiub pati ayam (Saya tak pakai pun)
1 cawan santan - hana gune santan cair je (Saya guna santan kotak,separuh pun tak habis)
1 inci halia di ketuk
carrot - potong dadu kecil
lada sulah @ blackpepper
sedikit garam
Bahan sampingan : bawang goreng, daun sup@daun bawang, sambal getuk @sambal gesek @ sambal crispy delimas, ikan bilis goreng, daging ayam rebus siat. (Bawang goreng, daun sup, daun bawang tak ade kat dapur saya.hihi..saya pakai apa yang ade je..simple katakan..)

Cara-cara

Masak beras dengan air rebusan ayam @ kiub pati ayam (hana buh setengah ketul sahaja) hingga menjadi bubur. Masukkan skali halia. Bleh masukkan daun pandan jika inginkan bau yg wangi.
Masukkan pula santan dan juga carrot. Bila carrot separa empuk, masukkan garam dan lada sulah@blackpepper secukup rasa. Jika mau lebih berkuah lebihkan lagi air atau masak jgn sampai air kering.
Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup@daun bawang dan juga bawang goreng. Sambal ikut pilihan masing2. Jika suka, bleh buh ikan bilis goreng dan juga daging ayam rebus yang disiat2.

Banyak yang saya ubah. Sebab saya guna mana yang ada kat dapur je..Kalau ikut resepi ni lagi sedap kot..Oh ya, saya ada ubah sikit.. Saya tumis bawang merah, bawah putih, dan halia terlebih dahulu. Lepas tu, saya masuk ke dalam nasi yang dah nak jadi bubur untuk tambah aroma, Lagi pun, saya kan tak ada bawang goreng.

Lagi satu, saya ada bakar daging sebagai tambahan lauk. Best jugak!
Try lah..
Selamat mencuba!


Nampak cam tak best sebab tak ada bawang goreng dan daun sup..tapi rasanya tetap best!hahaha..betul, rasa kalau korang buat pun mesti jadi punyalah!

Friday, October 17, 2014

Letihnya Bila Anak Dah Masuk Tiga


Baru tiga Cheqkaq oii!

Amek ko!hahaha..aduyai..serius!Ini yang saya rasa bila dah ada anak 3 :

  • Penat
  • Kain bertimbun tak terurus dah nak melipat
  • rumah tunggang langgang
  • Baju g kerja main sambo je asal tutup aurat (boleh cenggitu)
  • Asyik pakai shawl sbb malas ion tudung bawal (tudung instant byk dh kemek kena lanyak ngn anak sbab mak dia suke letak sepah)
  • Tido malam tak sedar diri
Yang no 1 sibuk main lego

Yang no 2 sibuk berebut lego

Yang no 3 asyik nangis je

Nangis lagi..huhu

Bila dah macamni, mula la teringat mak kat kampung. Macamana laa mak jaga sampai 10 orang. Semua terjaga, makan, pakai, elok je kami 10 beradik membesar bagai juara!hihihihi..

Banyak-banyak berselawat dan berzikir..Inn Shaa Allah banyak pahala yang menanti..
Huhu..



Friday, September 12, 2014

Jalan-Jalan Bajet : Paya Indah Wetland Dengkil

 
11 September 2014:

Harini saya amik cuti separuh hari. Kebetulan semalam En Hubby cuti, harini dah kerja, tapi dia kerja pukul 6 petang. Disebabkan weekend ni dia tak dapat balik, so gigihlah kami berdua plan nak bawa anak-anak berjalan ke mana arini. Along pun cuti sekolah, sebab UPSR tengah berlangsung kan. Tapi sekolah agama petang macam biasa. So kitorang decide nak pergi tempat yang dekat-dekat je sebab masa pun terhad. Google2..sudahnya En Hubby kata, "Kita g Paya Indah Wetland je lah!Nampak macam best..Lagipun Angah kan suka tengok buaya.." So saya pun setuju aje!
Berdasarkan info google, pukul 10, bagi makan hippo, pukul 11 time buaya pula yang makan, so kitorang siap cepat2 sebab nak kejar masa tu..Sekejap je..dari rumah pukul 9, 9.15 dah sampai dah Paya Indah Wetland. 

Mula-mula masuk, register dulu dekat pondok pengawal. Dia minta En Hubby isi form, no kereta, berapa orang nak masuk. Lepas tu, kitorang masuk & cari parking. Pusing-pusing, En Hubby terus parking dekat kafe terus sebab masing-masing dah lapar, nasib baik kat dalam ni memang ada kafe.  


Orang tak ramai. Mungkin sebab hari Khamis, bukan hari minggu pun. Makanan pun ok, sedap dan tak mahal. Nasi lemak telur 3, nasi goreng telur mata 1, Nescaffe O 1, Nescaffe 1, Milo Ais 2..semua sekali RM15 je..ok laa kan..Yang seronok nye, sambil makan pun ada burung merak jinak dekat je dengan kitorang makan..suasana best, tenang dan nyaman..


Lepas makan, saya pergi dekat kaunter pendaftaran, kot lah kena daftar lagi sekali. Tapi bila bagitau dah register kat pondok pengawal dan pakcik guard tu dah bagi pas kebenaran masuk letak dekat kereta, so tak payah register dah. Masuk je..FREE ok...best tak??hehe..

Sempat possing depan kaunter pendaftaran


Sini ada jugak basikal untuk disewa. Kalau sesiapa suka aktiviti lasak, boleh lah datang sini..



Lepas makan, kitorang pun start lah meneroka. Boleh bawak kereta masuk dalam. Kalau jalan kaki pun gerenti penat..huhu..So tempat pertama singgah dekat kolam hippo. Jam pun dah pukul 10, memang time makan dia laa ni. Satu kereta tolak dengan buah betik untuk bagi hippo makan.
Masa kitorang pergi, ada dua ekor hippo tengah makan rumput. Lagi dua duduk dalam kandang kata pekerja kat situ. Tak boleh letak sekali, gaduh katenya. Alkisahnya, hippo ni bermadu. Yang kat dalam kandang tu bini muda, anak sekor umur 4 tahun. Yang kitorang tengok semalam bini tua, anak baru umur setahun lebih. Suami dia dah takde kat situ. Diorang ni bergaduh sampai patah gigi...kalau manusia dah main tarik2 rambut..ini hippo main gigit2 ke ape??hehehe...Sempat bergosip pasal hippo..hihihihi...

Kenalkan , inilah Juwita dengan anak dia..Anak nya takde nama lagi..panggil baby je


Haaa..Inilah bini muda tu..Nama dia Juwita..Anak dia dah umur setahun lebih, tak ada nama lagi..pekerja kat situ panggil baby je..Juwita ni dah berumur 18tahun tau..18 tahun besar ni ek...2tan lebih berat dia..huhuhu..Obesiti ni..hahahhaa (okey..tak lawak..)

Jom lah layan gambar kitorang kat Kolam Hippo ni..





Lepas tu kitorang ke Kolam Buaya pulak. Tapi agak kecewa sebab info yang kita dapat kat internet tak sama dengan info sebenar. Pertunjukan untuk bagi buaya makan tak buat pada hari biasa. Hanya ada hari Sabtu dan Ahad je. So tak dapatlah nak tengok buaya makan. Tengok buaya berendam dan berjemur jer laa..

Banyak betul buaya kat sini. Yang kitorang nampak macam 10 ekor. tu pun dah kira banyak. Ada info yang saya baca kat internet ada lebih 40 ekor buaya dalam kolam kat sini. Tak tau laa ye ke tak..Angah macam takut-takut tengok. Besar...kalah yang dekat zoo..






Lepas tu ingat nak pergi tengok kuda, tak jumpa..sudahnya pergi menara tinjau. Aduyai..semput naik..ketaqq abisss kepala lutut..ye laa gayat kot..pegang baby lak tu naik..Angin jangan cakap laa..kuat jugak...Tapi best laa..sebab boleh tengok pandangan yang mengasyikkan dari atas..Sampai Putrajaya pun boleh nampak..



Ooo..lupe..kat sini ada gak chalet kalau nak bermalam..murah je..RM120.00..luas pun luas..kalau nak ber barbeque pun ok malam-malam. cuma orang tak ramai laa..seram gak ek kalau tak ramai..huhuhu



Ok..tu je..overall...best gak laa datang sini..Di samping FREE (hehehe) boleh puaskan hati anak-anak tengok dua binatang tadi dengan lebih dekat. Haritu pergi zoo tak dapat tengok lama badak dengan buaya ni..So, sesiapa yang rasa nak bawak anak-anak jalan-jalan cuti sekolah di samping bajet yang rendah, datang lah sini..Best..Yang penting, keterujaan anak-anak tu!hehehe..ok laa..byeee



Cerita yang pergi zoo tak review lagi kan..nanti la, kalau rajin saya cerita ye..


Wednesday, May 28, 2014

Susahnya Bila Baby Tak Nak Minum Susu Melalui Botol..


Alhamdulillah. Dah mula masuk kerja 20hb Mei 2014. Masuk kerja je, otak memang "blur"..Mood rindu bau "mashaamm" si baby..hehehe..

Aktiviti pada 20hb :

8.30 pg - Punch Card
9.00 pg - Call BS (Baby Sitter) - cek keadaan baby
11.00 pg - baru start nak buat kerja 
12.00 tghari - Aktiviti mengepam susu
1.00 tghari - rehat
2.00 ptg - buat kerja
3.00 ptg - Call BS lagi
4.00 ptg -  Aktiviti mengepam susu
5.00 ptg - balik!

Haa..nampak tak..boleh kira berapa jam je saya buat kerja. Ingatan melayang-layang kat baby je..huhu
Balik kepada tajuk asal "Susahnya Bila Baby Tak Nak Minum Susu Melalui Botol..", memang sangat merisaukan hati bila kita kerja, tapi baby kita baru lepas pantang ni (62 hari) yang semasa dalam pantang asyik berkepit menyusu dengan kita, tapi dengan BS, dia buat perangai TAK NAK BOTOL SAMPAI UMI BALIK KERJA! Hadoiiii..hati umi mana yang tak rungsing..Rasa nak berhenti kerja..tapi apakan daya..tak mampu lagi nak buat macamtu.

"Tak ajar anak hisap melalui botol ke dalam pantang?"

tu soalan biasa ek..Ajar je..3 hari lepas bersalin pun bagi je botol sekali sekala. Elok je dia hisap. Pastu dua minggu sebelum kerja adalah jugak bagi botol, walaupun tak kerap. Siap hantar "training" lagi umah BS setengah hari.

Yang saya cukup perasan, masuk je umur dua bulan, dia dh ada perangai baru..okey..fine..noted.
Huhu..jangan lah buat umi serba salah Aisya sayang oiiitt..

Dah 3 botol dah percubaan. Tapi gagal. Hampa. Sedih. Rungsing. Semua ada.

Botol pertama.

(Tak snap gambar botol masa beli, google je laa nak bagi gambaran kat korang betapa siksanya jiwaku..huhu)

Memang beli satu set macamni.
sumber : http://myleaphouse.blogspot.com/2012/10/set-susu-botol-avent.html

Botol kedua.


Botol ketiga.

http://myleaphouse.blogspot.com/2012/10/set-susu-botol-avent.html



Sudahnya sekarang minum pakai :

Huhu..siannya anak umi..harap-harap semua ni sementara. Kalau tak susut laa badan awak..Harap jugak BS bersabar..

Sekian luahan dari saya. Ada tak dapat pengalaman macam ni?ce komen sikit.









Tuesday, May 6, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Ke Tiga

 
 Harini genap laa hari yang ke 50 sesi tempoh berpantang saya. Nampak nya kejap je masa berlalu kan?mula-mula tu memanglah macam boring je..tapi dah dekat nak masuk kerja ni rasa macam-macam perasaan yang datang menusuk..Naluri ibu kan..kalau boleh dan diizinkan Allah, memang nak jaga sendiri baby tanpa biarkan orang lain yang menjaganya..tapi apakan daya..tuntutan kerja lebih dari segala-galanya..

Saya selamat bersalin anak ketiga saya yang comel pada 18hb Mac 2014. Memang suatu pengalaman yang sentiasa baru buat saya, walaupun sudah melalui dua proses kelahiran sebelum ini. Kata orang, bersalin anak yang ketiga tentu lagi mudah sebab dah biasa. Bagi saya, ketentuan Allah, siapa yang boleh mengagak..Hanya mampu berdoa dipermudahkan segalanya.




Sebenarnya, tarikh 18hb tu saya ada checkup kat hospital Putrajaya. Tapi, doktor kata, jalan dah buka 3 cm..Terkejut jugak..sebab memang dr malam tadi pun rasa sakit..cuma ingatkan sakit biasa-biasa. Doktor terus panggil nurse untuk booking katil untuk saya..Tapi malangnya, katil kat hospital putrajaya dah penuh. So, saya terpaksa direhatkan dulu di Hospital Berisiko Rendah Presint 8. Kata nurse, bile bukaan dah cecah 4cm, saya kena pindah balik hospital putrajaya. Saya tak dibenarkan bersalin di Hospital Berisiko Rendah Presint 8, sebab ada risiko baby saya kecil dan perlukan perhatian doktor pakar. Saya pasrah jer..
 
Dalam pukul 11.00 lebih saya kena tunggu ambulan datang untuk bawa saya ke sana. Hubby dah pergi dulu naik kereta sendiri. Menunggu bukaan dari 3cm tu lama sangat..sakit nye main-main je..saya pun tak terasa sangat sakitnya sebab yang datang hanyalah sekali sekala. Kalau bukan sebab kena checkup pagi tadi tentu saya tak datang hospital lagi kalau sakit macam ni.. Tapi tompok darah dah ada bersama lendir sikit-sikit. 
 
Akhirnya, bukaan 4cm pada pukul 6.30 petang. Saya dikatakan kena pindah balik ke putrajaya..naik ambulan lagi..sementara menunggu surat dari nurse, saya dah dimasukkan ke ambulan. Masa ni nak berjalan pun dh tak boleh sebab sakit dah makin kerap..saya rasa pelik sebab sakit yang saya rasa macam bukan bukaan 4cm..saya rasa macam dah 8cm..tak pun 9cm..sebab rasa nk terberak (sebenarnya itu tanda untuk meneran). Saya bagitau makcik guard yang duk perhatikan saya dari tadi..bagus dia cuba untuk tenangkan saya seadanya. 
 
Hubby dh kena pergi hospital putrajaya dah..Kalut makcik guard bila saya kata, saya dh tak tahan rasa nk push dah..dia panggilkan nurse, masa tu saya tengok semua orang kalut termasuk abang drebar ambulan..hehe..yela, mungkin diorang tak sangka sebab dari 4cm tu sekejap sangat nak ke 9cm. Saya ditolakkan ke dewan bersalin pada jam 6.55 petang. Nurse cek bukaan memang dah 9cm. Tanpa buang masa, diorang bersiap untuk menyambut kelahiran baby. Saya dah cemas sebab suami saya tak ada di sisi!! 
 
Saya perlukan dia untuk menemani dan memberikan kekuatan pada saya untuk melahirkan bayi kami..huhu..Nurse suruh saya call..ade ke???saya dah laa nak bercakap pun susah..apatah lagi nak menelefon..Agaknya kalut diorang mengalahkan saya yang memang tengah sakit ni. Alhamdulillah Allah permudahkan..suami saya sempat menemani saya dan menyaksikan detik-detik yang saya rasa para suami tak patut terlepas daripadanya. 
 
Tepat pukul 7.10 malam, lahirlah bayi perempuan pertama kami, Tuan Nur Aisya Humayraa..Alhamdulillah ya Allah, segalanya berlaku atas keizinan dan kekuasaan Mu..Aku bersyukur sangat2..Alhamdulillah..
 

Kronologinya : 
11.00 pg - 3cm
6.30 ptg - 4cm
6.55 ptg - 9cm
7.10 malam - 10 cm

Memang lain dari abang-abang nye yang dulu. Setiap anak berbeza kan. Kita tak boleh nak congak-congak sendiri. Ketentuan Allah Maha Hebat dan mengatasi ketentuan yang lain. Macam berat baby jugak. Doktor kata kecik sangat baby kamu. Setiap minggu bermula minggu ke 32, saya kena buat pemeriksaan di Putrajaya. Akhirnya , pada tarikh kelahiran Alhamdulillah berat baby Aisya 2.63 kg..Walaupun kecil, tapi ok laa..asal kan lebih dari 2kg dan tiada masalah kesihatan.

Tu je la..nak cerita pengalaman bersalin sebelum tak ingat langsung. Nanti bila Aisya dah besar, dia boleh baca balik pengalaman indah ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com