Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

BUBUR NASI BERSANTAN


Saya bukan orang yang pandai masak. Tapi nak jugak share resepi kat sini. Bukan apa, nanti kalau nak buat lagi senang nak rujuk semula. Tak payah nak search kat blog orang lain, belek blog sendiri je. Saya memang suka buat bubur. (Sebab senang, simple untuk orang MALAS macam saya..hahaha) Bukan apa, anak-anak pun suka makan..kadang siap tambah-tambah..kalau dah macamtu, memang suka laa tu..Buat bubur ni malam tadi, senang untuk yang ada anak kecil. Jerang je nasi atas dapur, sekali sekala datang kacau. Memang senang!

Tapi, semalam saya buat lain dari kebiasaan. Biasa masak bubur nasi biasa-biasa je. Semalam saya tambah santan. Dengar kata, kalau letak santan, lagi rasa lemak..lagi pekat..lagi sedap!meh la..saya share resepi kat sini. Mana tau, ada yang nak cuba buat. Benda senang je, untuk yang first time masak boleh la cuba ye. Yang dah "terror" masak tu..diam-diam sudah!

Resepi : Resepi dari Blog Hanamemories



Bahan-bahan

1 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam @ kiub pati ayam (Saya tak pakai pun)
1 cawan santan - hana gune santan cair je (Saya guna santan kotak,separuh pun tak habis)
1 inci halia di ketuk
carrot - potong dadu kecil
lada sulah @ blackpepper
sedikit garam
Bahan sampingan : bawang goreng, daun sup@daun bawang, sambal getuk @sambal gesek @ sambal crispy delimas, ikan bilis goreng, daging ayam rebus siat. (Bawang goreng, daun sup, daun bawang tak ade kat dapur saya.hihi..saya pakai apa yang ade je..simple katakan..)

Cara-cara

Masak beras dengan air rebusan ayam @ kiub pati ayam (hana buh setengah ketul sahaja) hingga menjadi bubur. Masukkan skali halia. Bleh masukkan daun pandan jika inginkan bau yg wangi.
Masukkan pula santan dan juga carrot. Bila carrot separa empuk, masukkan garam dan lada sulah@blackpepper secukup rasa. Jika mau lebih berkuah lebihkan lagi air atau masak jgn sampai air kering.
Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup@daun bawang dan juga bawang goreng. Sambal ikut pilihan masing2. Jika suka, bleh buh ikan bilis goreng dan juga daging ayam rebus yang disiat2.

Banyak yang saya ubah. Sebab saya guna mana yang ada kat dapur je..Kalau ikut resepi ni lagi sedap kot..Oh ya, saya ada ubah sikit.. Saya tumis bawang merah, bawah putih, dan halia terlebih dahulu. Lepas tu, saya masuk ke dalam nasi yang dah nak jadi bubur untuk tambah aroma, Lagi pun, saya kan tak ada bawang goreng.

Lagi satu, saya ada bakar daging sebagai tambahan lauk. Best jugak!
Try lah..
Selamat mencuba!


Nampak cam tak best sebab tak ada bawang goreng dan daun sup..tapi rasanya tetap best!hahaha..betul, rasa kalau korang buat pun mesti jadi punyalah!

Monday, November 26, 2012

Resepi Spaghetti

Assalamualaikum

Camane hari cuti korang?ada pergi jalan mane-mane ke??Semalam cuaca cerah sangat kan..sayang nak keluar, sebab nak basuh baju..minggu lepas banyak hujan, jadi baju pon banyak yang tak kering..

Hari cuti, masak pon "cuti"..hahaha..malas sangat..semalam yaya prepare spaghetti jer sbb simple dan x susah nak masak..Korang mesti dh tau kan cara nk masak spaghetti?ok laa..yang dh tau boleh duk diam2..yg tak tau, bole cuba resepi yaya ni, mana tau menjadi kan..kalo first time buat pon xde masalah kot..mesti jadi punyer..hehehe

Bahan2 nya :

1 bungkus spaghetti
1 botol preggo/ tomato puri
2 biji capsicum (kalo x suke, xpyh letak)
2 bici tomato
150g daging hancur (kalo xde, daging burger tu pon bole..hancurkan..)
1 biji bawang merah (holland)
2 biji bawang putih
sedikit minyak
daun basil sikit tuk hiasan..(xde pon xpe)

Cara-caranya :
1.Rebus spaghetti dengan sedikit garam. dh gelegak, tos kan dan siram dengan sikit minyak, untuk elakkan dari melekat2..Ketepikan
2.Potong bawang besar dan bawang putih dadu. Capsicum & tomato pon yaya potong dadu..Tp terpulang la, ade orang suke blend dlu tomato tu, saya 'pemalas" main potong jer..hehehe..
3. Masukkan minyak, tumis bwng merah & bawang putih..lepastu masuk kan daging..letak air. Biarkan sekejap..
4. Lepas tu masuk kan preggo/tomato puri tu. kacau2, masukkan capsicum & tomato..tunggu kejap, agak2 dh menggelegak, dah siap............tadaaaaaaaaaaa...



chef linda dh penat..hehe..tolong potong jer pon..ekekekeke


lepas tu boleh laa hidang..sedap sedap sedap..



hehehe..selamat mencuba!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com