Followers

Wednesday, December 18, 2013

Bekerja Dari Rumah. Apa Kah Persediaan Anda?

Bismillah..



Hati kecil selalu berdetik untuk bekerja dari rumah..Tetapi di suatu sudut yang lain, tergerak pula pertanyaan.."Boleh ke?"

Ramai yang takut untuk bekerja dari rumah kerana risau mampu kah kita untuk mengekal kan kewangan yang sudah stabil seandainya kita mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan melakukan kerja dari rumah sahaja. Persoalan ini selalu bermain di minda setiap kaum wanita terutama yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama sedang mengintai untuk mencari peluang bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah memang sesuatu yang diimpikan oleh setiap wanita. Melihat anak membesar di depan mata tanpa terlepas setiap detik yang indah, pasti menjadi igauan setiap wanita yang bekerja di luar sana.
Persoalannya, sekali lagi.."Boleh ke?"

Saya sendiri sedang mengintai peluang untuk bekerja dari rumah. Tambahan pula anak dah nak masuk tiga. Bayar upah pengasuh saja dah 40% dari gaji. Gaji saya bukan nya besar mana pun. Tetapi boleh lah membantu suami mana yang patut. Bagi saya, untuk mula bekerja dari rumah bukan suatu keputusan yang mudah. Apatah lagi bagi kawan-kawan yang bergaji jauh lebih besar dari saya. Tentu lagi sukar untuk membuat keputusan kan?Saya ada membaca beberapa artikel, sekiranya ingin bekerja dari rumah, perlu membuat beberapa persediaan. Jom sama-sama kita baca, mana tau ada yang sedang berhajat untuk bekerja dari rumah :

1. Berhenti kerja..Adakah salah satu langkah yang bijak?
Ramai yang berpendapat, untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang dilakukan dari rumah, haruslah berhenti kerja. Untuk sebulan dua mungkin tindakan itu tepat, tapi untuk bulan seterusnya, saya rasa mesti ramai yang mula berkira-kira untuk kembali bekerja. Kewangan masih belum kukuh sepenuhnya. Mengapa perlu terburu-buru buat keputusan untuk berhenti?Berjinak-jinak dahulu untuk buat bisnes kecil tanpa mengganggu kerja yang asal. Perlu bijak membahagi masa dengan baik. 

2.Perlukah ada modal yang besar untuk mulakan bisnes?
Tahukah anda, sebenarnya ramai yang gagal bisnes sebab mereka memulakan perniagaan disebabkan membuat pinjaman daripada bank, kawan, institusi kewangan yang lain dan sebagainya. Ini kerana, mereka beranggapan, perlu ada modal yang besar untuk mulakan bisnes. 

Cara yang paling baik ialah, mulakan bisnes dengan apa yang kita ada. Contoh, untuk membuat perniagaan online, perlu ada komputer, internet, RAJIN. Itu dah cukup. Produk? Sekarang banyak peniaga yang membuka Dropship untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka. Tak perlukan modal kan?

Atau, setiap bulan cuma kumpulkan RM100, jika 10 bulan sudah dapat RM1000.00. Jika terasa lama 10 bulan, 5 bulan = RM500 sudah cukup untuk mulakan suatu perniagaan.

Jangan meminjam, kerana rasa terbeban untuk membayar balik pinjaman, dalam masa yang sama untuk sediakan pusingan modal untuk perniagaan, amatlah perit dan mendorong kita untuk ke arah situasi GAGAL.

3. Pilih produk yang betul
Di luar sana terlalu ramai usahawan kecil yang tumbuh melata. Berjaya atau tidak, semua bergantung kepada pemilihan produk yang betul. Pilih produk yang berdasarkan minat kita. Minat akan menentukan apa yang kita lakukan akan sentiasa "fresh" dan tidak tersasar. Buatlah kajian atas sesuatu produk yang kita pilih.

4.Perlu Ada Ilmu
Untuk buat sesuatu perkara, walaupun sekecil-kecil perkara pun perlu ada ilmu. Contoh, makan, bertatih dan berlari, semua diajar dan dididik oleh ibu semasa kita kecil. Itu juga ilmu. Begitu juga dengan bekerja dari rumah. Apa jua aktiviti / bisnes yang kita ingin lakukan di rumah, kaji lah terlebih dahulu. Jika perlu, ambil lah kelas untuk meningkatkan kemahiran seterusnya kita akan lebih yakin untuk melakukan sesuatu perkara.

5.Bekerja Dari Rumah, ada lebih masa yang fleksibel?
Ramai yang anggap, jika bekerja sendiri, ada masa yang fleksibel kerana kita adalah majikan pada diri sendiri. Memang betul. Tetapi jika tidak dikawal, mungkin kita akan membazir masa dengan perkara yang tidak betul. Urus masa anda dengan baik, senaraikan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Sebenarnya, masa kita dirumah lebih terhad kerana banyak sangat tugas yang kita perlu lakukan di samping bisnes yang perlu dipantau. Baik nya, kita mempunyai kualiti masa yang terbaik bersama anak-anak. Pandai uruskan masa, Inn Shaa Allah kita akan berada di laluan yang betul.

Setakat ini dahulu, rasa dah panjang pula, risau ada yang malas nak baca sampai habis. Nanti kita kongsi lagi ye..Inn Shaa Allah

Tuesday, December 17, 2013

Bermulanya Pemeriksaan Dua Kali Sebulan Kehamilan..

Bismillah.

Tolong la percaya ini bukan perut saya..hehehe..


Pagi tadi bergegas bersiap untuk check up kehamilan. Mulai minggu ini, check up dah masuk dua kali sebulan. Kesian dengan En Suami sebab kena hantar saya ke klinik lebih kerap dari biasa.

Alhamdulillah..Baby ok, saya pun ok..takde masalah. Kenaikan berat pun tak banyak sangat seperti kandungan yang lepas-lepas. Bulan ni naik 0.5kg je..Alhamdulillah..Mungkin disebabkan pengambilan shake sebagai breakfast dan pemakanan sunnah yang lain. (Pati delima, minyak zaitun, kurma, madu, kismis dan susu kambing.) Harapan di hati kecil ini cuma lah bayi di dalam kandungan sihat sepanjang kehamilan dan selepas bersalin nanti.

Next check up 31 Disember 2013. Nak kena minum air gula pulak. Pelik betul sekarang. Ada masalah atau tidak, mesti kena minum air gula dua kali sepanjang kehamilan. Sebelum ni, dua -dua anak tak pernah pun kena minum air gula walaupun berat mencecah 4kg sebulan. (tak dapat nak lupakan kegemukan dulu..huhu). Bagi yang tak pernah minum air gula, rasanya sangat lah manis!Kalau termuntah semasa minum, kena ulang hari lain. Sebelum tu, kena berpuasa daripada pukul 10 malam, malam sebelumnya lagi. Hari pemeriksaan pula kena minum air gula sebanyak dua kali selang dua jam. Allah je lah tau azabnye minum air tu. Sebab manis nye tu melampau!dah nama pun air gula kan..Paling ditakuti jugak, kena ambil ujian darah sekali..Tapi bagi ibu mengandung, jarum-jarum ni dah terbiasa dah. Kalau rasa takut, palingkan sekejap ke arah lain semasa darah diambil! Kang tak pasal-pasal pitam pulak!Demi kesihatan bayi, ikut je lah prosedur ni ye.

Ok, sambung lagi ye nanti. Panjang pula celoteh Cheq Kaq kali ni..

http://herbalifeisgood.blogspot.com/2013/10/mengandung-dan-herbalife.html


Tuesday, December 10, 2013

BERAKHIRNYA TAHUN 2013


Bismillah.

Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya saya gagahkan jua diri ini untuk "ceriakan" semula blog yang telah lama ditinggalkan ini.

Sedar ataupun tidak, 2013 telah sampai ke penghujungnya. Rasa baru saja kita berada di bulan Januari, sekarang Disember telah bertamu dan bersiap sedia untuk melabuh tirainya. Kawan-kawan sekalian, apa kah pencarian kalian di tahun 2013 telah berjaya ditemui?Tahniah sekiranya azam @ 'wishlist' kalian untuk tahun ini sudahpun dipenuhi dengan jayanya. Bagi yang tidak, jangan mudah rasa putus asa dan terus berada di azam yang lama, teruskan usaha..berakhirnya setiap tahun, tidak bererti berakhirnya segala pencarian dan azam anda untuk tahun tersebut. Teruskan usaha ye. Apa yang penting, bersangka baik dengan Allah..InnshaaAllah, apa sahaja yang diimpikan bakal menjengah di genggaman..

Saya pula dalam persediaan untuk melahirkan anak yang ketiga. Sedar tak sedar usia kandungan dah pun mencecah hampir 7 bulan. Sekejap je..Semoga Allah permudahkan segalanya. Setiap hari doa yang dititipkan untuk "sikecil" umi yang sedang berada di dalam rahim umi ni, semoga sihat dan dilindungi Allah sentiasa. Semoga dipermudahkan ketika dilahirkan nanti. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah, penyejuk mata umi dan abi. Semoga diciptakan Allah dengan begitu cantik dan sempurna..Moga Allah makbulkan doa umi. Mohon kawan-kwan turut mendoakan saya..Amin....

Sampai berjumpa lagi di lain titipan..




Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Dikesempatan ini, cheqkaq ingin mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin buat semua kawan2 blogger..

Dari Kiri (wajah kesayangan hamba) :Tuan Mohd ZulFaisal, Cheqkaq,Tuan Muhd. Ammar Yusuf, Tuan Muhd. Ammar Syahmi 

Menunggu tetamu..hehe

Sesi salam-salam..pukul 1.30 ptg baru abis..adeii..sian adik kena kepit

Melompat lebih tinggi!!!!seronok tengok gelagat anak2 buah..ni baru sikit..ramai lagi kt dalam!

Dengan kakak-kakak ipar..


Cheqkaq : Tahun ni ramai pulak yang amik tema biru kan??

Tuesday, June 4, 2013

BETAPA KU MERINDUI MU..........................


Salam sayang buat semua..salam penuh kerinduan..Ada yang merindu cheqkaq tak..cheqkaq memang rindu glerrrwww kot kat korang..cume memang takde masa sangat-sangat nak update blog..skang tengah sibuk dengan preparation untuk AGM di JMB Pangsapuri Megah Villa ni..meja pon bersepah-sepah dengan macam-macam barang..sebelum ni, sibuk dengan audit..

Sibuk dengan herbalife pun ya jugak..hurmm..bila tah yang tak sibuk..takpelaa, bersusah-susah dahulu kan..;)

14hb ni cheqkaq akan ke Bangkok, Thailand..Nak pergi event terbesar dalam herbalife..kat situ, mungkin akan himpunkan 28,000 orang Herbalifer seluruh Asia..Tambah-tambahlah kebizian diri cheqkaq sekarang..mana tak nya, 4 hari selepas balik dari Bangkok, ada AGM kat JMB tu..so, sebelum pergi, minggu ni kena pulun gak kerja habis-habisan..:(

Cheqkaq rindu sangat nk BW ke rumah kawan2..Huhu..InnshaaAllah, kalo ada kelapangan akan pergi gak..slow-slow..

Eh..ade yang nak pesan ape-ape ke ?nak g Thailand ni..hehe..

Passport dah siap..:)

Meja cheqkaq yang bersepah & tak pernah surut kot dari paperwork..huhu

Thursday, April 25, 2013

GA : COMBO GIVE AWAY BY INTAN

Bismillah..
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...

Jom join GA kak intan nak?Hadiah pon best & yang paling penting support each other..
Siapa nak join, klik banner ni okey..


Syarat-syarat simple, mudah ikut..Hadiah mantopp..Tarikh tutup 2 June 2013. Jom pakat ramai-ramai join..
Saya nak tag pada dua orang sahabat lama tak jumpe..huhu..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com