Followers

Wednesday, December 18, 2013

Bekerja Dari Rumah. Apa Kah Persediaan Anda?

Bismillah..



Hati kecil selalu berdetik untuk bekerja dari rumah..Tetapi di suatu sudut yang lain, tergerak pula pertanyaan.."Boleh ke?"

Ramai yang takut untuk bekerja dari rumah kerana risau mampu kah kita untuk mengekal kan kewangan yang sudah stabil seandainya kita mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan melakukan kerja dari rumah sahaja. Persoalan ini selalu bermain di minda setiap kaum wanita terutama yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama sedang mengintai untuk mencari peluang bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah memang sesuatu yang diimpikan oleh setiap wanita. Melihat anak membesar di depan mata tanpa terlepas setiap detik yang indah, pasti menjadi igauan setiap wanita yang bekerja di luar sana.
Persoalannya, sekali lagi.."Boleh ke?"

Saya sendiri sedang mengintai peluang untuk bekerja dari rumah. Tambahan pula anak dah nak masuk tiga. Bayar upah pengasuh saja dah 40% dari gaji. Gaji saya bukan nya besar mana pun. Tetapi boleh lah membantu suami mana yang patut. Bagi saya, untuk mula bekerja dari rumah bukan suatu keputusan yang mudah. Apatah lagi bagi kawan-kawan yang bergaji jauh lebih besar dari saya. Tentu lagi sukar untuk membuat keputusan kan?Saya ada membaca beberapa artikel, sekiranya ingin bekerja dari rumah, perlu membuat beberapa persediaan. Jom sama-sama kita baca, mana tau ada yang sedang berhajat untuk bekerja dari rumah :

1. Berhenti kerja..Adakah salah satu langkah yang bijak?
Ramai yang berpendapat, untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang dilakukan dari rumah, haruslah berhenti kerja. Untuk sebulan dua mungkin tindakan itu tepat, tapi untuk bulan seterusnya, saya rasa mesti ramai yang mula berkira-kira untuk kembali bekerja. Kewangan masih belum kukuh sepenuhnya. Mengapa perlu terburu-buru buat keputusan untuk berhenti?Berjinak-jinak dahulu untuk buat bisnes kecil tanpa mengganggu kerja yang asal. Perlu bijak membahagi masa dengan baik. 

2.Perlukah ada modal yang besar untuk mulakan bisnes?
Tahukah anda, sebenarnya ramai yang gagal bisnes sebab mereka memulakan perniagaan disebabkan membuat pinjaman daripada bank, kawan, institusi kewangan yang lain dan sebagainya. Ini kerana, mereka beranggapan, perlu ada modal yang besar untuk mulakan bisnes. 

Cara yang paling baik ialah, mulakan bisnes dengan apa yang kita ada. Contoh, untuk membuat perniagaan online, perlu ada komputer, internet, RAJIN. Itu dah cukup. Produk? Sekarang banyak peniaga yang membuka Dropship untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka. Tak perlukan modal kan?

Atau, setiap bulan cuma kumpulkan RM100, jika 10 bulan sudah dapat RM1000.00. Jika terasa lama 10 bulan, 5 bulan = RM500 sudah cukup untuk mulakan suatu perniagaan.

Jangan meminjam, kerana rasa terbeban untuk membayar balik pinjaman, dalam masa yang sama untuk sediakan pusingan modal untuk perniagaan, amatlah perit dan mendorong kita untuk ke arah situasi GAGAL.

3. Pilih produk yang betul
Di luar sana terlalu ramai usahawan kecil yang tumbuh melata. Berjaya atau tidak, semua bergantung kepada pemilihan produk yang betul. Pilih produk yang berdasarkan minat kita. Minat akan menentukan apa yang kita lakukan akan sentiasa "fresh" dan tidak tersasar. Buatlah kajian atas sesuatu produk yang kita pilih.

4.Perlu Ada Ilmu
Untuk buat sesuatu perkara, walaupun sekecil-kecil perkara pun perlu ada ilmu. Contoh, makan, bertatih dan berlari, semua diajar dan dididik oleh ibu semasa kita kecil. Itu juga ilmu. Begitu juga dengan bekerja dari rumah. Apa jua aktiviti / bisnes yang kita ingin lakukan di rumah, kaji lah terlebih dahulu. Jika perlu, ambil lah kelas untuk meningkatkan kemahiran seterusnya kita akan lebih yakin untuk melakukan sesuatu perkara.

5.Bekerja Dari Rumah, ada lebih masa yang fleksibel?
Ramai yang anggap, jika bekerja sendiri, ada masa yang fleksibel kerana kita adalah majikan pada diri sendiri. Memang betul. Tetapi jika tidak dikawal, mungkin kita akan membazir masa dengan perkara yang tidak betul. Urus masa anda dengan baik, senaraikan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Sebenarnya, masa kita dirumah lebih terhad kerana banyak sangat tugas yang kita perlu lakukan di samping bisnes yang perlu dipantau. Baik nya, kita mempunyai kualiti masa yang terbaik bersama anak-anak. Pandai uruskan masa, Inn Shaa Allah kita akan berada di laluan yang betul.

Setakat ini dahulu, rasa dah panjang pula, risau ada yang malas nak baca sampai habis. Nanti kita kongsi lagi ye..Inn Shaa Allah

9 comments:

Mime MF said...

tips yg membantu utk siapa2 yg nk bekerja dr rumah..rsnya yg nk memulakan perniagaan boleh boleh guna tips ni..;)

Unknown said...

mmg sesuai utk yg bergelar ibu kan.. tgk anak2 dpn mata slalu.. xde la risau dah.. mcm deqla ni keje je la sini .. anak pun xde lg.. nk benti mmg syg la.. huhu

Chic Na said...

baguslah tips ni.. sgt membantu..

Kakzakie Purvit said...

Banyak kriteria kena difikirkan sebelum berhenti kerja. Tapi kalau dah tak ada pilihan dan terpaksa kena berhenti juga..

Sally Samsaiman said...

Sally masih lagi nak keja...susah kalau buat business pun...kena ada jugak income yg stable :)

QasehnyaRania said...

byk yg perlu dipikirkan kak.
in shaa Allah pasti ada jalan.
thanks kak

che mid said...

Che Mid dah pun bekerja dari rumah..memang banyak cabarannya iaitu macamana nak bahagi masa buat kerja peribadi/rumahtangga dan kerjaya. Lagi kalau ada anak kecil..mungkin perlu hantar ke babysitter utk certain time walaupun tidak selama sewaktu kerja di luar. Satu lagi, waktu kerja fleksibel bermaksud 'kerja siang malam' tak tentu masa...tapi satu hal yang menarik ialah, semangat juang utk bekerj tinggi sbb kerjaya sendirikan..good luck

intanfirdaus247 said...

tips yg membantu akak nih..sebab akak bakal berhenti..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com