Followers

Showing posts with label citer sedih. Show all posts
Showing posts with label citer sedih. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Ya Allah..Kurangkanlah Derita Penyakit Dia..

Selamat pagi semua..harap semua dah sarapan..Cheqkaq nak kongsi satu cerita sedih dan perlukan doa kawan-kawan semua..Cheqkaq ada seorang adik yang menderita penyakit Multiple Sclerosis. Penyakit ni adalah penyakit saraf yang boleh menjejaskan otak dan saraf tunjang. Ia mengakibatkan sistem imun tubuh memusnahkan beberapa tisu lemak. Kemusnahan tisu lemak boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kelesuan, penglihatan kabur, rasa lemah pada kaki dan kebas, Masa dia berada di Sekolah Menengah dia selalu mengadu sakit belakang dan migrain yang sangat teruk. Beberapa tahun lepas, barulah dapat detect penyakit tu. Sekarang dia dah berumur 26 tahun..Dah berkahwin, dan sekarang tengah pregnant. Masih lagi menderita penyakit tu..
Sekarang dia ada kat hospital..sebab kelmarin dia pengsan. Dah lama dia tak pengsan cmni..Dulu selalu sangat. Kadang-kadang ingat kan dia tidur, rupenya pengsan. Tubuh dia sangat lemah dan selalu terjadi lumpuh sebelah badan. Mata pun selalu kabur dan kadang2 berdarah. Migrain tu dh selalu sangat bagi dia..Sebenarnya doktor tak bagi dia pregnant lagi memandangkan kesihatannya yang kurang stabil ni. Tapi dia ni jenis suka budak..tahun ni pon dah masuk tahun kedua perkahwinan dia..Dia cakap kalo tak bole mengandung lepas ni takpela, asalkan dia ade zuriat dan dapat rasa pengalaman menjadi seorang ibu walaupun hanya sekali.
Dia dah stop amik ubat sebab tak nak ade apa-apa kesan pada baby. So, sekarang keadaan dia semakin teruk. Yer la, kita yang sihat ni pon, bile time pregnant sgt la lemah..ini kan pulak dia yang berpenyakit.. Moga Allah selamatkan dan kurangkan penyakit adik cheqkaq dan anak nye..
Cheqkaq rasa sedih sebab tak boleh g melawat dia sebab dia ade kat terengganu. Hanya doa sahaja dapat cheqkaq titipkan buat dia dan anaknye. Harap kawan-kawan yang membaca sudi berdoa untuk dia jugak. Harini kena buat MRI test lagi sekali. Harap takde apa-apa effect pada baby.
ini laa adik cheqkaq..
CHEQKAQ : Jaa, harap cepat sembuh yer..

Tuesday, December 18, 2012

Header Baru Cheqkaq

Meh nak citer..dari semalam Cheqkaq sebok buat header sendiri..Mesti ade yang sedar kot sejak dua menjak ni cheqkaq asyik tukar header..Sebenarnye ade citer sedey nk kasik story sikit..

Nak tau tak? Nak tau tak???**WAJIB ANGGUK KEPALA MASING2**
Cheqkaq sebenarnye kena warning ngn CCI sebab amik kartun diorang utk dijadikan header tanpa kebenaran..huhuhu..memang salah Cheqkaq laa sebab suke2 hati jer amik & jadikan header sendiri kan..sebenarnya cheqkaq ni mmg org baru sngat berjinak2 dengan dunia blogger ni..memang serius tak tahu tak boleh amik kartun tu..(rase cam budak bangang pon ade.)

Lepas kena warning tu cheqkaq memang mintak maaf sesangat kat dia..hurmmm..terus cheqkaq buang header cheqkaq dulu..skang walaupun susah payah (susahlaa sbb baru blajar) cheqkaq gagahkan jugak wat banner baru..

Tadaaaaa...okey tak?sila bagi komen laju2 kalo tak okey..(tapi wlau tak okey ponggg...cheqkaq malassss sgt dh nk tukar dlm mase terdekat ni..mkn mase beb!)



So..Cheqkaq harap sangat kawan2 baru, blogger2 lame dan pro boleh tegur ape yg tak kena.. komen jelaa ape2 psl blog cheqkaq ni..serabut ke..simple sgt ke..berat ke..cantik dan kiut ke (ehhhh..ade ke??haha)
Sekian laa citer sedey yg telah seminggu ku pendamkan..huhuhu

CHEQKAQ : Jangan sesekali cube amik harta mende org tau!cheqkaq dh "mencuri"!!huwaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com