Followers

Showing posts with label Semanis Kurma. Show all posts
Showing posts with label Semanis Kurma. Show all posts

Friday, January 11, 2013

SIHIR CINTA ~ Semanis Kurma






Salam pagi Jumaat buat semua..Malam tadi, ade tak yang tengok rancangan Semanis Kurma??Cheqkaq ade tengok..Meh nak kongsikan sikit..(untuk sape yang tak tengok la). 

Tajuk yang dibincangkan semalam Sihir Cinta..Menakutkan gak laa isu yang dibincangkan semalam. Tak sangka ramai yang terkena kan..Memang Cheqkaq sangat bersimpati pada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa sihir..Ade seorang mangsa tu dah kawin & ade ade anak empat dah, baru dapat tahu suami dia rupanya sihirkan dia sehinggalah dia mabuk cinta & berkahwin..Kesian kan? Ade gak yang sampai jadi bodoh disihirkan oleh manusia yang bertopengkan syaitan..

Antara 7 amalan yang dikongsikan oleh Usatazah Siti Nor Bahyah ialah :
  • Makan kurma ajwah 7 biji sehari.
  • Berwuduk sebelum tidur
  • Sentiasa solat berjemaah
  • Sentiasa baca doa sebelum masuk tandas
  • Solat tahajud & baca ayat kursi selepas solat 5 waktu
  • Amalkan surah Al-Falaq, Al Ikhlas & An nass sebelum tidur


Antara amalan doa & surah pelindung sihir pula ialah :

  • Ayat Kursi
  • 3 Kul  (Al-Falaq, Al Ikhlas & An nass )
  • Surah Yunus (ayat 81-82)
  • Surah Al-A'raf (117-122)
  • Surah Toha (ayat 69)
Mudah-mudahan kita dapat amalkan & melindungi diri serta keluarga kita dari sihir. Amin..

CHEQKAQ : Cinta tak boleh dipaksa.. janganlah kita guna cara yang mudah untuk mendapatkan sebuah cinta yang sangat berharga..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com