Sunah Rasulullah..Mampu ke kita ikut..?
Salam Maulidur Rasul buat semua kawan-kawan semua..Semoga hari ini kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W..Kita juga digalakkan untuk sentiasa memperingati sirah Baginda. Sejak dari semalam dah banyak rancangan sempena sambutan maulidur rasul ni. Pagi tadi sempat jugak dengar Tanyalah Ustaz di TV 9..Harini ustaz jemputan Ustaz Abu Hassan Din.
Cheqkaq tak tengok sangat tapi dengar-dengar dari dapur sebab nak siap kan kerja rumah pagi-pagi. Antara yang menarik yang nak Cheqkaq kongsikan kat sini ialah ada satu pertanyaan penonton mengenai sifat Rasulullah semasa kecil.
Antaranya :
Yang Pertama :
Rasulullah S.A.W semasa kecil waktu tu umur 3 tahun. Masa tu rumah Rasulullah berdepan dengan Kaabah. Dan Kaabah masa tu penuh dengan patung. Setiap kali Baginda keluar dari rumah, dia tidak akan sesekali memandang patung tersebut. Hanya tunduk pandang tanah jer..Subhanallah kawan-kawan, macamtu sekali pandangan Baginda dijaga..sedangkan kalau zaman kita ni..baby baru lahir je dah ada anak patung, teddy bear bagai sekeliling katil. Mampukah kita ikut yer?
Yang Kedua:
Rasulullah S.A.W semasa bayi, ditakdirkan Allah ibunya Aminah kekeringan susu. Aminah semasa itu sangat risau mencari ibu susu untuk anaknya sehinggalah dia bertemu dengan Rabiatul Adawiyah. Rabiatul Adawiyah laa yang menyusukan Baginda sehingga Baginda berumur 3 tahun. Realitinya pada hari ini , kalau ibu-ibu kering susu, mesti cari susu lembu (susu formula) kat kedai!Jadilah lembu tu ibu susuan anak kita, sebab tu anak kita tak boleh kawin dengan anak lembu!hahahahah (Ustaz buat lawak tadi). Tapi betull kn? kalo kering susu je mesti kita cari susu formula..boleh ke . mampu ke agaknya kita ikut Aminah ye ibu-ibu sekalian?
Yang ketiga :
Seperti yang kita tahu, Baginda berkahwin ramai. Tetapi yang dikahwini oleh Baginda ialah janda-janda kecuali seorang sahaja anak dara. Realiti sekarang, lelaki sibuk nk ikut Rasulullah kawin 4, tapi tengoklah dia kawin dengan siapa?dengan janda-janda kan?sedangkan kite, ister pertama umur 56, isteri kedua??16 tahun..huhu..kahwin semata-mata kerana nafsu..
Itu antara yang cheqkaq nk kongsi kan sebagai renungan kita bersama.. Kalau nak senaraikan banyak..tapi tu laa..memang kita tidak mampu ikut sunnah rasulullah, kalau kita tidak betol-betol mencintai beliau..tak boleh ikut yang besar, mulakan dengan yang kecil2 dulu..InnshaaAllah..
Pesanan untuk diri sendiri jugak
Salam Maulidur Rasul..
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com
30 comments:
insyaAllah...mudah mudahan.......
diorang kata kawin 4 ikut sunnah nabi , setahu mad bukan sunnah nabi sebab diorang kawin empat tu semua anak dara .. bukan janda..
insyaAllah mudah mudahan
semoga kita semua mendapat syafaat dari baginda kelak . inshaAllah ameen ;)
In Shaa Allah cheq kaq,,mudahan2
Salam maulidur rasul cheq kaq
Salam maulidur rasul cheq kaq...
Bagus entry ni...menyedarkan kita dikala kealpaan..alhamdulillah nieza masih menyusu raisya sampai ke hari ni..alhamdulillah..walaupun terpaksa berhenti kerja kerana anak2..tapi rasa berbaloi sgt♥
ramai lelaki kononnya nak ikut sunnah yang kahwin empat... tapi hakikatnya ramai yang kahwin 4 kerana ikut nafsu.. itu adalah fakta.. kalau benar ikut sunnah, kenapa tak cari wanita yang tiada tempat bergantung seperti janda, wanita2 yang perlukan perlindungan, pelacur yang perlukan bimbingan untuk kembali ke jalan yang benar.. :)
salam Maulidur Rasul akak ku yg comel..hihi..
hope kita dpt buat spt Rasulullah s.a.w..walaupun xbnyk..skit pon jd la kan,.
Salam Maulidur Rasul, semoga kte sume mgikut Alquran n Sunnah.aamiin.semoga mdpt syafaat drnyee :)
x susah nak ikut sunnah nabi..=)
In shaa Allah CheqKaq mudah2an...
In Shaa Allah cheq kaq,,mudahan2
salam maulidur rasul cheqkaq... insyaAllah... ^_^
comel blog cheqkaq... singgah dari blog farah's bubblynotes... :)
salam maulidur rasul.. sesungguhnya Rasul idola terbaik.. inshaaAllah kita perbaiki diri.. contohi baginda.. =)
Salam kenal & follow....datang dari blog Farah's bubblynotes :D
salam maulidul rasul.
sama2 amalkan selawat.in shaa ALLAH
time besar pon bear masih bersama lg..huhu..
dari blog kak farah..=)
betul kak, saya setuju sgt, xpyh nak gah2 nak tnggu sunnah yg bsr2 nak buat.. mulakan dr yg kecil, dr khidupan sharian.. insyaAllah dipermudhkan utk amal yg yg bsr2 plak.. Rasulullah manusia agung, Allah pelihara keturunan baginda, apatah lg diri baginda.. Allah..rindunyaa ;( Sollu 'Alaih~
alhamdulilah......bila dikumpul2 banyak jugak sunah baginda yang kita tau!
mekasih awk share info.
In Shaa Allah kak..mudah mudahan
byk sungguh sunnah² Rasulullah yg boleh kite contohi..tapi ada yang mencontohi tetapi di salah ertikan...
tq cheqkaq atas perkongsian ini...moga2 kite dapat pengajaran daripadanya..
Salam Malidur Rasul tuk cheqkaq jugak..
assalamualaikum cheq kaq...inshaAllah yer...:)
perkongsian yang baik kak. terima kasih. salam maulidur rasul juga.
InshaAllah.. setakat yg termampu.
hai cheq kaq. lama tak jenguk dia. ;)
Salam..best nyer info nih,satu perkongsian yg bermanfaat..insyaallah sesama kita sebagai umat nyer
Tak mampu buat semua jgn tinggal semua...berusaha untuk melaksanakan...
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
banyak sunah rasulullah..yg ikutnya hanya skit je..yg lain ikut nafsu je..entry nie bagus utk dibaca oleh lelaki
sebenanrnye banyak sunnah RAsulullah nih....Mudah mudahan kita mampu mengikut semua sunnah baginda
Post a Comment