Assalamualaikum..
Ada peminat slot AkasiaTV3 JULIA tak kat sini?JULIA dh mula bersiaran pada 24 September 2012 yang lalu, dan hari ni dh episod ke 28 iaitu EPISOD TERAKHIR!!!!Alamakkkk..rase sedey lak sbb jalan citer nyer sgt best dan membuatkan setiap hari yaya x sbr nk tunggu esok bila dh pukul 8.00 malam..huhu..
Ok laa meh yaya story sikit kat siapa yg x pernah tengok citer ni..Cerita ni dibarisi oleh pelakon2 yang hebat iatu Fizo Omar (Amir), Nabila Huda (JULIA), Izreen Azminda (Sofea), Fouziah Gous (Nurul Ain) dan Azlee Khairi (Azwan)..Citernyer camni..Amir, Julia & Sofea satu universiti masa kat Seoul Korea..Amir menaruh hati pada Sofea, dan Julia menaruh hati pada Amir..Tapi Sofea menolak cinta Amir time tu, Amir rasa sangat kecewa sebab cintanya tak berbalas. Dalam kesedihan nya, barulah dia sedar, Julia yang selama ni dianggap sebagai kawan karib rupanya itulah cinta sejati yang dicari-cari selama ni..So, dia pon couple laa ngn Julia..Cinta diorang berterusan sehinggalah habis belajar dan kembali ke Malaysia..
Tapi bila balik Malaysia, masing-masing sibuk & sangat komited pada kerja masing2, so hubungan jarak jauh merenggangkan cinta mereka..tambahan pulak, keluarga Julia sangat berkenan dengan Azwan dan tidak merestui hubungan Julia dan Amir dek kerana Amir tak pernah sekalipun datang berjumpe dengan keluarga Julia untuk meminta restu.
Julia yang sangat sedih dengan keputusan keluarga yang ingin menyatukan dia dengan Azwan terpaksa akur akhirnya dengan keputusan kelurga, walaupun kasihnya pada Amir sebenarnya masih bersisa di hati. Akhirnya dia kawin dengan Azwan..Amir yang sgt frust dengan keputusan Julia menjalani hidup yang sepi tanpa Julia sehinggalah bertemu dengan Nurul Ain, gadis penjual bunga. Sofea pulak setelah balik ke Malaysia barulah dia sedar Amir lah satu2nya lelaki yang ikhlas menyayangi dirinya. Dan sejak hari itu, dia nekad untuk mendapatkan kembali cinta Amir. Tetapi sayangnya, cinta Amir pada Sofea sudah tiada dan Amir hanya boleh menganggap Sofea sebagai kawan sahaja..Sofea rasa tercabar sebab ditolak Amir dan sangat berdendam sehinggakan berjanji kalau dia tak dapat Amir, siapa pun tak boleh dapatkan Amir..Nurul Ain menjadi sasaran nya, dan Julia turut diheret bersama kerana dia tau cinta Amir pada Julia tak pernah padam..Macam2 yang Sofea buat untuk dapatkan Amir..
Kisah sedih Julia pulak sentiasa berpanjangan kerana dia diceraikan oleh Azwan dengan talak tiga di saat dia mengetahui dia mengandung. Tetapi Azwan telah diracun dan dihasut oleh ibunya sendiri supaya menceraikan Julia. Julia juga mengahadapi musibah family nya semua meninggal dalam kemalangan. Dia kini sebatang kara menghadapi dugaan yang sgt besar dengan keadaan nya yang sedang hamil & kandungan yang sentisa menghadapi komplikasi kerana keadaan dia dan babynya yang stress..kesian sgt..
Harini dah episod akhir..rasenya cmne yer..sbb semalam Amir amik keputusan nk kawin ngn Julia.Tp Julia x nk, dia nk balik kampung dan x rela merampas suami orang walaupun dia masih menyayangi Amir..Nurul Ain bagi ke??dah laa macam2 tuduhan kesat dia lemparkan pada Julia..Mama Azwan lak camne?menyesal tak??dia dh buat hidup Julia tunggang langgang sebab bercerai dengan Azwan..Sofea pulak????menyesal tak dengan tindakan nya selama ni?dia dh banyak buat salah dengan semua orang..huhuhu..byk soalan ni..tunggu yer..kol 7 petang ni..duduk laa depan tv..harap2 ade happy ending..sian si JULIA..
Bestnye sebab lakonan kat korea yang sgttt suweeettt, dan lakonan mantap nabila huda..sedey sgt tgk dia..dan si cute Fizo Omar..lakonan Pyscho si Izreen Azminda pon menjadi giler sbb yaya rase gerammmmmmmmmmmmmmmmm sangat kat dia..huhu..tabik spring utk semua pelakon!!!
|
Barisan pelakon yang hebat..
|
|
Amir dan Julia masa belajar kat Seoul, Korea.. |
|
Sweet kan??kat Korea ni.. |
|
Fesyen Julia di Pejabat |
|
Adegan gile si sofea..huhu |
|
Nur Ain datang serang Julia..sian Julia... |
|
Ini ke akhir citer????yea!!happy ending..kalo camni laa..kalo bukan camni..??huhu.. |