Followers

Friday, November 23, 2012

Fenomena Ustaz Don

Assalamualaikum..




Semalam yaya tengok TV Al-Hijrah 30 Min bersama Ustaz Don. Topik simple jer..Rukun Sembahyang..Tapi pengisian nya cukup mendalam..30 minit mcm tak cukup..tambah pulak cara penyampaian Ustaz Don yang sangat bersahaja, tetapi meseg yang nak disampaikan sangat jelas. Patutla ramai sangat yang suka dengan Ustaz Don ni..Dh jadi macam satu fenomena lak..

Satu hal yang sangat dibanggakan sebab ustaz Don masih muda, tetapi mampu untuk menyampaikan dakwah secara telus dan bole diterima segenap lapisan..Soal jawab dmelalui telefon pun kebanyakan pemanggil dari pelajar-pelajar di luar negara dan ada juga pemanggil dari kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun..Terbukti rancangan ini mampu menarik sesiapa sahaja untuk menonton..Kalau ada sesiapa yang ketinggalan boleh juga menonton  terus dari http://wanwma.com/soal-jawab/video-30-minit-ustaz-don-tv-alhijrah/

Salam Sayang Dari Saya..

Thursday, November 8, 2012

JULIA EPISOD AKHIR??APA KESUDAHANNYA...??CERRR TEKE...


Assalamualaikum..

Ada peminat slot AkasiaTV3 JULIA tak kat sini?JULIA dh mula bersiaran pada  24 September 2012 yang lalu, dan hari ni dh episod ke 28 iaitu EPISOD TERAKHIR!!!!Alamakkkk..rase sedey lak sbb jalan citer nyer sgt best dan membuatkan setiap hari yaya x sbr nk tunggu esok bila dh pukul 8.00 malam..huhu..


Ok laa meh yaya story sikit kat siapa yg x pernah tengok citer ni..Cerita ni dibarisi oleh pelakon2 yang hebat iatu Fizo Omar (Amir), Nabila Huda (JULIA), Izreen Azminda (Sofea), Fouziah Gous (Nurul Ain) dan Azlee Khairi (Azwan)..Citernyer camni..Amir, Julia & Sofea satu universiti masa kat Seoul Korea..Amir menaruh hati pada Sofea, dan Julia menaruh hati pada Amir..Tapi Sofea menolak cinta Amir time tu, Amir rasa sangat kecewa sebab cintanya tak berbalas. Dalam kesedihan nya, barulah dia sedar, Julia yang selama ni dianggap sebagai kawan karib rupanya itulah cinta sejati yang dicari-cari selama ni..So, dia pon couple laa ngn Julia..Cinta diorang berterusan sehinggalah habis belajar dan kembali ke Malaysia..

Tapi bila balik Malaysia, masing-masing sibuk & sangat komited pada kerja masing2, so hubungan jarak jauh merenggangkan cinta mereka..tambahan pulak, keluarga Julia sangat berkenan dengan Azwan dan tidak merestui hubungan Julia dan Amir dek kerana Amir tak pernah sekalipun datang berjumpe dengan keluarga Julia untuk meminta restu.

Julia yang sangat sedih dengan keputusan keluarga yang ingin menyatukan dia dengan Azwan terpaksa akur akhirnya dengan keputusan kelurga, walaupun kasihnya pada Amir sebenarnya masih bersisa di hati. Akhirnya dia kawin dengan Azwan..Amir yang sgt frust dengan keputusan Julia menjalani hidup yang sepi tanpa Julia sehinggalah bertemu dengan Nurul Ain, gadis penjual bunga. Sofea pulak setelah balik ke Malaysia barulah dia sedar Amir lah satu2nya lelaki yang ikhlas menyayangi dirinya. Dan sejak hari itu, dia nekad untuk mendapatkan kembali cinta Amir. Tetapi sayangnya, cinta Amir pada Sofea sudah tiada dan Amir hanya boleh menganggap Sofea sebagai kawan sahaja..Sofea rasa tercabar sebab ditolak Amir dan sangat berdendam sehinggakan berjanji kalau dia tak dapat Amir, siapa pun tak boleh dapatkan Amir..Nurul Ain menjadi sasaran nya, dan Julia turut diheret bersama kerana dia tau cinta Amir pada Julia tak pernah padam..Macam2 yang Sofea buat untuk dapatkan Amir..

Kisah sedih Julia pulak sentiasa berpanjangan kerana dia diceraikan oleh Azwan dengan talak tiga di saat dia mengetahui dia mengandung. Tetapi Azwan telah diracun dan dihasut oleh ibunya sendiri supaya menceraikan Julia. Julia juga mengahadapi musibah family nya semua meninggal dalam kemalangan. Dia kini sebatang kara menghadapi dugaan yang sgt besar dengan keadaan nya yang sedang hamil & kandungan yang sentisa menghadapi komplikasi kerana keadaan dia dan babynya yang stress..kesian sgt..

Harini dah episod akhir..rasenya cmne yer..sbb semalam Amir amik keputusan nk kawin ngn Julia.Tp Julia x nk, dia nk balik kampung dan x rela merampas suami orang walaupun dia masih menyayangi Amir..Nurul Ain bagi ke??dah laa macam2 tuduhan kesat dia lemparkan pada Julia..Mama Azwan lak camne?menyesal tak??dia dh buat hidup Julia tunggang langgang sebab bercerai dengan Azwan..Sofea pulak????menyesal tak dengan tindakan nya selama ni?dia dh banyak buat salah dengan semua orang..huhuhu..byk soalan ni..tunggu yer..kol 7 petang ni..duduk laa depan tv..harap2 ade happy ending..sian si JULIA..

Bestnye sebab lakonan kat korea yang sgttt suweeettt, dan lakonan mantap nabila huda..sedey sgt tgk dia..dan si cute Fizo Omar..lakonan Pyscho si Izreen Azminda pon menjadi giler sbb yaya rase gerammmmmmmmmmmmmmmmm sangat kat dia..huhu..tabik spring utk semua pelakon!!!


Barisan pelakon yang hebat..



Amir dan Julia masa belajar kat Seoul, Korea..
Sweet kan??kat Korea ni..


Fesyen Julia di Pejabat

Adegan gile si sofea..huhu

Nur Ain datang serang Julia..sian Julia...

Ini ke akhir citer????yea!!happy ending..kalo camni laa..kalo bukan camni..??huhu..





Tuesday, November 6, 2012

Wedding adik..

Assalamualaikum semua..

Rasa macam dh lame entry new post ..Yer laa..tak tau laa ape gak yg yaya sibuk sejak dua menjak ni..Eh..lupe..sebelum terlambat, Yaya nk ucapkan Salam Aidiladha untuk semua..Harap2 belum terlewat..hehe..

Balik Kampung tak raya?Yaya balik..Kebetulan adik kawen..ingat kan malas gak nk balik..sbb en suami x blk..kena kerje..Yaya balik ngn anak2 jer..ngn bas..Perjalanan balik raya memang sgt memenatkan sbb terpaksa tempuh jem dkt 3 jam tuk kuar dari KL..sebaik mlm..anak2 pon dh tdo..Nk balik sini pon jem teruk gak..ade yg dari Kelantan complaint dekat 19jam dlm kenderaan!!bayangkan!!!mau sakit semua pinggang ni haaa..huhu

Berbalik kepada topik asal..Adik Yaya yg no dua kawen..kawen kali kedua..adik no dua kawen kali kedua..aik??cam klaka lak ayat ni kan???hahaha..dh takdir..perkahwinan pertama tak berkekalan..Utk pengetahuan semua..adik yaya ni lelaki..kawin kali kedua, takdelaa nk buat hebat sgt pon..ala ala jer..Dia kawin pada hari raya tu laa..26 Oktober 2012..

Yang gubah hantaran semua yaya..smpai kat umah pagi Jumaat (pagi raya) terus gubah hantaran yer..huhu..penat..raya tak mcm raye..semayang raye pon x g..sbb nk kejar preparation ni laa..dh smua nk harapkan kakak yang tua ni..aduyaiii..Memang agak kelam kabut..Yerlaa..nk cari daun sireh, brg2 hiasan,kek laa coklat laa..kedai lak smua dh tutup..cuti kan..hurmm..sebaik anak2 x kacau umi tengah bz ni..dh dekat 12.30 baru semuanya dh siap..hantaran ade 5, Sireh junjung, Tuala, Kek, Coklat dan Kain Pasang..Inilah hasilnya..Amik tiga je gambar..x sempat..gambar kawen pon x amik..huhu..handphone tertinggal dlm kereta mase akad nikah..betol2 kelam kabut yaya dibuatnyer..

Sorry..gambar blur....sejambak bunga coklat & Jelly


SIreh junjung pembuka bicara, penjunjung adat..



Tuala Mandi digubah menjadi sebakul buah..



Salam Sayang....




Saturday, October 13, 2012

OBESES PADA KECANTIKAN

C.A.N.T.I.K



CANTIK..saperlaa yang tak nak kelihatan cantik..especially..of course laa perempuan..CANTIK tu dah kira best friend tuk kitaorang tau! ahaks...

Apa yang saya nak sentuh kat sini..perasaan untuk sentiasa kelihatan cantik tu tak salah..yang salah..bila TERLALU OBSES untuk kelihatan cantik..OBSES?OBSES yang cmane tu..ok, obses yang saya maksudkan di sini ialah..

1. BERBELANJA YANG KETERLALUAN SEMATA-MATA UNTUK KELIHATAN CANTIK..
Perlu ke berbelanja besar semata-mata untuk cantik???Make up, produk muka, collagen, pelbagai jenis vitamin...baju yg cantik-cantik, kasut, handbag, tudung dan pelbagai lagi..berapa yang anda bajet untuk kelihatan cantik dalam sebulan??RM100?cukup ke??RM200??atau RM300??atau lebih daripada RM500??kalau tanya pada saya..saya jawab RM50 jer..hehehehehe..sikit ke?alamak...hehe..patut laa saya tak cantik kan..tp suami saya selalu cakap saya cantik...(hahahhaha...tak tipu..bukan perasan ok..) Bagi saya kecantikan tu terlalu subjektif..mungkin bagi orang lain tak cantik, tapi di mata kite dia sangat cantik..lagi satu, kecantikan bermula dari dalaman kita..kalau dalaman cantik, Insyaallah, cantik laa luaran kita..Bagi yang sudah bersuami, niatkan laa betul-betul di hati ingin kelihatan cantik untuk si suami sahaja..Janganlah menjaja kecantikan kita untuk tatapan lelaki yang bukan muhrim..



2.TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT
"Dah tua, buat laa cara tua..tak payah laa nak bergaya cam orang muda"
"Dah tau xde duit, buat laa cara macam orang takde duit, jangan berlagak cm orang kaya.."
"Dah memang tak cantik..pakai macamane pon memang xkan jadi cantik lah!!"

Ayat untuk orang yang tak sedar diri..Bagi mereka yang terlalu obses untuk cantik, sering mengabaikan apa sahaja orang nak kata..Berfikiran positif & berkeyakinan laa katakan..Positif dan yakin adalah sangat bagus..tetapi biarlah realistik..Jangan terlalu berusaha untuk sesuatu yang memang tak mungkin kita boleh mencapainya..kecuali dengan IZIN ALLAH..Jangan terlalu memaksa untuk buat apa sahaja demi cantik, kelak nanti kita juga yang merana..Jadi laa diri sendiri..Hargailah "keaslian" yang ada pada tubuh badan anda..Ia adalah anugerah yang tiada nilainya..Kalau anda niat untuk melakukan pembedahan plastik pada bahagian-bahagian badan anda, lupakanlaa niat tersebut..berbalik sahaja pada fitrah manusia..Manusia makin lama makin berusia..makin berusia, makin banyak berlaku perubahan-perubahan fizikal..Kulit yang berkedut, badan menjadi semakin berisi, payudara sudah tidak anjal..itu perkara biasa yang perlu dilalui oleh semua manusia..Jangan menentang fitrah manusia..Yang gemuk nak kurus, yang kurus nk gemuk, yang tua ingin jadi muda, yang lelaki ingin jadi perempuan, yang perempuan ingin jadi lelaki,,Biar apa jua keadaan fizikal kita, asalkan badan sihat dan boleh melakukan ibadah dengan lancar tanpa sebarang halangan..Terima laah hakikat siapa diri kita...


3.TERLALU BANYAK "PANTANG LARANG"
Pantang larang yang kita cipta sendiri..hehehe..semuanya pantang demi kecantikan..itu tak boleh, ini tak boleh..apa tah yang boleh..hehehehe..

"Jangan makan banyak, nanti gemuk.."
"Jangan makan coklat, boleh menggemukkan..'
"Jangan pakai baju melintang, nanti lagi nampak gemuk.."
"Jangan pakai selendang, pakai tudung biase jer..nanti muka u nampak bulat.."
"Jangan laa pakai bedak murah ni..tak kena laa dengan muka.."

Uikssss...banyak nyer "JANGAN....."
Huhu..Jadi diri sendiri jer boleh tak..Jangan jadi "orang lain"..Yang penting bila yang kita lakukan perkara seikhlas hati, Insyaallah keihklasan akan terpancar di muka dan pergerakan kita.itu laa namanya KECANTIKAN..bukan badan yang kurus dan langsing, bukan barang yang mewah..HATI kena ikhlas okay...:)




Ok laa..terlalu banyak cakap pasal obses untuk cantik..Macam payah sangat untuk kelihatan cantik..Tahu tak anda semua bahawa untuk kelihatan cantik, hanya lakukan perkara-perkara simple seperti yang di bawah ni jer..:-

1. Senyum - Senyum lah seikhlas hati anda..daripada senyuman, ia akan terpancar cahaya yang akan memaniskan muka.."Senyum seindah suria, yang membawa cahaya.."So, senyum pun adalah "produk kecantikan" jugak..tak payah beli pon..senyum jer..:)

2. Doa dan Zikir - Amalkan laa doa ketika melihat cermin..Insyaallah, berkat amalan anda, Allah akan memberikan kecantikan yang semulajadi pada wajah dan kelakuan anda.. Selain itu amalkan lah zikir  seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Insyaallah, dengan sendirinya akan terpamer ketenangan di wajah anda..




3. Wudhuk - Berwudhuk lah dengan tertib yang betul dan amalkan nya supaya kita sentiasa berada dalam keaadaan berwudhuk..Dengan air wudhuk, kita akan sentiasa diberi ketenangan..

4.Mengamalkan sifat-sifat yang terpuji - Sentiasa berbuat baik dan miliki hati yang suci tanpa rasa dendam dan iri hati. Semua perbuatan yang disertai dengan hati yang suci akan mempamerkan wajah yang indah..Insyaallah..

Cubalah amalkan tip-tip yang saya bagi tu..Peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya..Sama-samalah kita amalkan..Mudah dan sudah pasti tak melibatkan kos pun..:) Salam sayang dari saya...



Tuesday, October 9, 2012

1st Time In My Life..

Salam semua..
Lama tak menulis blog..hari ni saya nk kongsi cerita "1st time in my life..."ekekekekkeke,,,dh tajuk cmni, sudah pasti 1st time tu yg indah kan?x pon yg klakar..urmm...mungkin gak sedey..ape2 pon..yg pasti.."1st time" yg kite kenang ni sudah pasti membawa kenangan yang indah untuk kite..

ok..bercerite pasal ni..saya pon ade cerita nk dikongsi.."1st time in my life....."mestilah masa 1st dapat baby...pada tanggal 24 Julai 2007, pukul 1 tengahari..lahirlah anak pertama saya yang diberi nama TUAN MUHAMMAD AMMAR YUSUF..bila nurse angkat baby dengan tali pusat lagi untuk ditunjukkan pada saya, hanya Allah saje yang tahu perasaan saya ketika itu...yerlaa..1st time kate kan...sungguh syahdu..melihat si kecil yg selama ini berada dlm kandungan kita 9 bulan, & now..ade depan mate...berlinang jugak laa air mata saya sebab terlalu syahdu & rasa bersyukur..1st time tengok dia yang ternganga2 mulut cari susu..1st time jugak rase bila tengah menyusukan dia..rasa kasih sayang yang sangat erat......1st time rase jari jemarinya yang kecil hangat memegang jari saya...huhuhu..saya pasti, mesti ramai ibu-ibu di luar sana yang bile membaca ni, tesenyum sendiri..mungkin juga, ini laa 1st time bg anda jugak...kan?

Inilaa anak pertama saya..dh besar dh..dh 5 tahun dah,,,tp pengalaman menatap kali pertama wajahnya dulu, masih terpahat & segar di ingatan ni..umi sayang along....:)







Wednesday, October 3, 2012

LUKISAN ALONG VS UMI..ALAHAI......HIHI..:)

Semalam masa kat rumah..lepas magrib dah boleh spent a few times tuk anak-anak..Tp tengok kan keadaan rumah bersepah dengan buku, pensil & pensil warna adik dengan along punyer keje..
Saje nak tarik perhatian diorang..saya pon ajak laa along melukis..Just lukis simple..mula-mula tu pikir gak nk lukis ape..kalo boleh nak lukis yang dia minat..hurm..pikir ~ pikir ~ pikir~..owhh,..lukis Patrick jer la!ahakssss..nk tengok ke hasil nyer...hihihi..


Boleh laa ..nampak laa muke patrick dia..hehehehe..patrick tgh marah katenye..hurmmmm....

Okay...kite lihat hasil umi pulak yerrrr......tu pon asyik kena tiru jer  ngan along..padahal x jadi pon..hahaha...
   
okey tak??dapat bintang lagi...hahahahah..2 x 5 jer  ngn anak..uhuk uhuk


Hahahaha..maaflaa..saya memang tak pandai lukis..even lukis mende senang pon..tak berseni sangat..setakat teman anak tu boleh laaa..Dah malam sikit bila tengok balik lukisan-lukisan ni, tiba-tiba macam pelik ada lagi satu gambar kat hujunggggg buku...bile masa pulak abi dia pulak yang datang "tambah"..ini hasil lukisan abi..


Itu laa dia..kalo nama lelaki, lelaki laa jugak..hehe..sempat dia lukis cmtu..

Anda kat rumah pulak macamane??pernah tak suruh anak lukis apa yang dia nak lukis dan tengok hasilnya..kalo kita tak tanya apa dia tu..mesti tak paham..tapi itu laa budak-budak..mak bapak budak pulak, lukis pon lebih kurang jer ngan anak-anak dia..hehehe..apa yang penting...KERJASAMA! hehehe,,bukan kerjasama saje..kualiti masa bersama tu yang penting..hargailah masa anda bersama orang tersayang...Salam sayang semua...


Tuesday, October 2, 2012

PUTUS CINTA................


"Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia....."


Pernah dengar lagu ni? Alunan lagu oleh Judika "Aku Yang Tersakiti"..Mendengarkan lagu ini memang boleh mengusik jiwa apatah lagi jika menghayati bait2 liriknya..Terutama pada mereka yang baru putus cinta..Hurmmmmm..Putus Cinta.....Kalau diberi pilihan siapalah yang mahukan cinta mereka terputus di tengah jalan..Semua insan yang bercinta mahukan cinta mereka ada pengakhiran yang membahagiakan..ye laa.."Happy Ending"..dengan kata lain, berakhir ke jinjang pelamin..dengan kata yang lebih abadi..sehingga ke hujung nyawa..:) Insyaallah..dengan izin Allah..

Masa bercinta...hurmmm..semuanya indah kan??Setiap masa, saat dan ketika sentiasa ingin bersama si dia.. Menitip kenangan indah, mengait benang-benang cinta bersama...Setiap minit,  SMS pasti berbunyi dari si dia yang ingin tahu status terkini..Andai kata pasangan menyepi, kerisauan si dia mula lah bersarang di hati..kenapalah meseg tak berbalas-balas lagi..Hadiah sering bertukar ganti tanda ingatan di hati...Alahai.....sweetnyerrrrr layanan diberi..

Tapi persoalannya, bagaimana kalau semua ini tiba-tiba berhenti setakat ini???Tiada lagi meseg berbunyi, tiada lagi telefon berdering..Tiada lagi hadiah sebagai kenangan abadi..Tiada lagi janji untuk sehidup semati..Yang ada cumalah janji-janji yang telah diingkari..Dan apa yang pasti.. mulai hari ini..sudah pasti hidup anda ditemani sepi dan air mata yang mengalir bagaikan tidak mahu berhenti...Hati ini serik untuk bercinta lagi......Alahai...sedihnyaaaaaa...;)

                Duhai hati..andai boleh diputarkan kembali waktu..sudah pasti aku     
                tidak ingin terperangkap dalam sangkar cinta lagi..apatah lagi   
               untuk bercinta lagi untuk kesekian kali..


               Duhai Hati..andai dapat kuputarkan 
               waktu..tidak akan aku menaruh 
               harapan pada janji-janji indah yang belum 
               pasti..

               Duhai hati..andai dapat ku undurkan waktu..aku pasti, aku kini  
              bahagia dengan hanya menjadi diri sendiri....

Saya yakin, mesti sedikit sebanyak kata-kata ini yang akan sentiasa bermain di hati insan yang baru putus cinta, bukan? Satu-satunya soalan dari saya..Mengapa..mengapa anda harus menangisi perpisahan ini??Jangan bersedih, apatah lagi menangisi pemergian si dia..Terimalah takdir Allah, jodoh anda bukan bersamanya..Mungkin Allah ingin menggantikan insan yang lebih baik dari si dia..siapa tahu?Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya..

Jalanilah kehidupan anda seperti biasa..hidup mesti diteruskan walapun bukan bersama si dia..Buktikan pada dia, malahan pada semua orang, anda mampu bernafas walupun tanpa dia..Soal jodoh..serahkan segalanya padaNYA..jangan cuba cari pengganti!!biarlaa ia datang sendiri..Insyaallah..itu lebih berkat..

Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini....Salam sayang dari saya...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com