Followers

Friday, September 28, 2012

CINTA PERTAMA SUKAR DILUPA..



Assalamualaikum...Salam sayang dari saya..semoga pagi Jumaat ini memberikan satu nafas baru untuk anda mulakan minggu baru..Jumaat adalah Penghulu segala hari..bukan Ahad tau..:)

Harini saya ingin berkongsi rasa dan pendapat mengenai patah hati kerana cinta pertama..Anda mungkin pernah merasainya sendiri..Semua orang ada cinta pertama..Cinta yang kita akan ingat sampai bila-bila..Kenangan yang terindah kerana cinta pertama laa yang menjadikan kita kuat & mengenal erti cinta sebenar..Cinta pertama pernah membuat kita menangis, ketawa, mengubah penampilan demi cinta, menjadi tidak seperti diri sendiri, berjalan di awangan..dan..mungkin juga bila terdengar lagu-lagu cinta akan teringat pada si dia..dan saya pasti...tentu lagu itu bila kita dengar pada harini kita akan teringat kisah cinta dulu..lagu kenangan katakan........hehehehhe..Cinta pertama memang indah tau..sekarang bila teringat mesti nak senyum...walaupun dulu banyak menangis kerana si dia...Benarlah kata orang, CINTA PERTAMA TAK PERNAH MATI..Kenangan seindah pelangi, sesuci titisan embun pagi..


Biar apa pun kesudahan cinta pertama kita, yang pasti cinta itu sentiasa mekar dihati..Mungkin kita bahagia bersamanya sekarang..atau mungkin juga kita telah bersama orang lain..Yang "masih" bersama dengan si dia..teruskanlah pupuk rasa cinta itu dan bajailah ia supaya ia sentiasa segar...Yang sudah tidak bersama, anda juga berhak untuk menikmati rasa cinta anda bersama pengganti si dia..Anda juga mampu untuk mengecapi bahagia, walaupun tidak bersama si dia..




Lipat dan simpan lah kenangan cinta pertama yang masih bersisa di dalam kotak hati ada..Jangan dibuka lagi..Nikmatilah cinta yang anda rasai hari ini..mungkin ini TAKDIRNYA.....terimalah dengan hati yang terbuka...Salam Sayang dari saya............


Thursday, September 27, 2012

Kecewa lagi................

"Kenapa Allah menduga aku sehebat ini?mengapa aku yg terpilih untuk duji?aku x sangup lagi Ya Allah.."

Pernah tak dengar ayat-ayat yang saya quote kn kt ats?mesti slalu dengar kn?saya pn selalu sgt dgr..sbb tu cm terpanggil tuk menulis pasal ni..

Okay,knape kita perlu rase kcewa bile diuji?senyumlahhhh....bila senyum mesti rase kurang sikit rasa kecewa..cube skarang!smileeeeee.........


haaa..kn commmellllll........Tahu tak..senyuman mampu melahirkan rasa gembira dan melenyapkan segala duka di dada..ajaibkan?So..mulai hari ni, senyumlah selebar yg boleh untuk menghapuskan rasa kecewa anda yang bersarang di hati..mungkin ia mampu meniupkan semangat pada diri anda untuk anda mebina & melangkah dengan sejuta keyakinan....

Janganlah terlalu kecewa dengan sedikit musibah yang menimpa..cuba perhatikan di sekeliling kita, mungkin ada orang yang lagi susah berbanding kita..Jangan menghukum DIA hanya kerana ujian yang diberikan oleh NYA..Tahu tak..anda seorang yg sangat beruntung sebab diuji oleh NYA. Hanya orang-orang terpilih jer tau..DIA uji kamu sebab dia tahu anda kuat untuk menggalas segala ujian yang diberikan..Ingat..DIA tidak akan menguji seseorang hamba dengan ujian yang tidak termampu olehnya..


DIA terlalu sayangkan anda...mungkin terlalu rindukan anda yang mungkin telah melupakanNYA..dengan ujian yang diberikan, mungkin anda akan segera mengingatiNYA..Merintih, mengadu dan luahkan laa pada DIA tentang rasa kecewa anda itu...INSYAALLAH..pasti anda akan merasa lega kerana percaya DIA selalu berada di sisi anda setiap masa, waktu bahkan setiap hembusan nafas anda...........................


Salam Sayang..............

Wednesday, September 26, 2012

KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG..RUPANYA..........




Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ku mulakan hari ini dengan sejuta semangat yang membara di dalam diri....Harapan panas hingga ke petang...rupa2 nya PAGI-PAGI lagi dh hujan.....hihihihiihi...Tapi takpe..hujan adalah rahmat dari Allah..Syukur padanya dengan Rahmat yang Dia turunkan untuk setiap Hambanya di Muka Bumi ini..Alhamdulillah Ya Allah.......

Mungkin "plan" aku untuk harini dh berubah sebab HUJAN RAHMAT ni..tp siapalah kita sebagai HAMBA yang ingin menyangkal @ merubah ketentuan Ilahi..berdiri dan berjalan laa di atas putaran yang telah diaturkan NYA..Kita hanya mampu merancang..hanya Allah yang menetukan segalanya..yang penting, kita perlu berusaha untuk tiap2 sesuatu yang kita lakukan, kemudian berdoalaa padaNYA..DIA MAHA MENDENGAR....


Oleh itu, jangan kerana kita sangka panas sehingga petang..tetapi hujan pulak di tengahari, kita rasa give up dan kecewa dengan perkara yang tak disangka ni..bangunlah dengan perancangan lain, dan berusaha lah untuk mencapai apa yang kita rancangkan tu..jangan mudah putus asa ok! 






Salam Sayang Dari ku....


Tuesday, September 25, 2012

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Ya Allah,sesungguhnya setiap nafasku, sujudku hanya untukMu Ya Allah, hanya Engkau Tuhan Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK KEKAL CHEQKAQ@cintaitupasti.blogspot.com